CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 24, 2008

Muhasabah Cinta

muhasabah cintaku buat yang esa...sejauh manakah cintaku subur buatmu wahai pemegang hati ini. sebut saja soal hati, hatiku mula berlagu tanpa nada...tanpa suara...SOALnya hati amat sukar untukku rungkaikan kerana tiada module di pustaka2 membincangkan secara tepat berkenaan topik hati. kadang2 hatiku girang gumbira bak camar terbang riang kesana kemari...tapi ada kala hatiku gundah gulana duka ibarat pepasir di pantai tiada berkehaluan rupanya. Tapi apa jua yang kurasakan itu semuanya datang dari diriku sendiri...hati resah hati senang hati tenang atau apa jua itu semua bertitik tolak dari diriku sendiri...

.....Ketahuilah, bahawa didalam jasad terdapat segumpal daging, bila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan bila ia rusak maka rosaklah pula seluruh jasad. ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati. [HR Bukhari dan Muslim]

Meskipun letaknya hati itu dalam diriku, namun tak terdaya aku mengemudi perjalanan hatiku ini agar sentiasa saja tenang bila dilanda onak, ceria saja bila disapa terbitnya fajar...Tapi ia dipegang sang pemilik hatiku, DIA yang memegang hatiku, DIA yang meneguh hatiku..DIA jua yang menenang hatiku...

Wahai pemegang hati, mungkin saja hatiku ini berkecamuk dengan segala kerana pudarnya cintaku padamu...semakin pudar semakin lusuh dek masa berlalu, dek maksiat berlaku...ingin sekali kulagukan lagu cintaku padaMu walau tak sehebat Rasulullah...agar tersedar aku dari lena ini, agar segera aku merawat luka bernanah di dasarnya hati...agar terus subur dan menyubur menghidupkan segala yang mati...

0 comments: