CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 12, 2010

Demi masa



Bismillahirrahmanirrahim,

Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar... 'ala kulli hal. Ya Allah terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan pada hambaMu yang kerdil ini. Kukira, dengan dosa yang bertimbun2 ini, xlayak untuk mendapat nikmat yang telah Engkau berikan ini. Engkau Maha Tahu. astaghfirullahal 'azim. Dosa?????Dosa itu adalah yang membuat hatimu bergetar.....Bagaimana sekiranya tidak bergetar hati ketika buat dosa?Sensor(neraca iman) hati dah rosak ataupun xsensitif. Buat semua pembaca, jahiliah itu bukan untuk dibanggakan, sebaliknya biarlah ia menjadi pagar dr neraka. jahiliah itu lah yang mengajar kita erti manisnya nikmat iman dan islam itu. Kisah Nabi Musa banyak dicoretkan di dalam Al-Quran sebagai pedoman kepada diri ini. Bukan untuk dikutuk--Tulah Nabi Musa, kenapa buat macam tuh; Nabi Musa ada banyak jahiliah yang kukira amat dekat sekali pada diri ini-membunuh, xkenang budi pada Firaun, marah/emo kepada Nabi Harun. Yang lain xtahu. Owh tiba2 cerita pasal Nabi Musa pulak. iAllah boleh ambil pedoman. Sebenarnya nak share sikit pasal masa. Tup tap kini aku dah final year. Teringat dulu satu ketika semasa first year, aku tak pernah bermimpi untuk ambil course engineering pun, dan sangat berat untuk terima kenyataan aku dah enrol utk ENGINEERING! alhamdulillah telah di nasihatkan oleh seorang ukhti-Kak Suya- untuk bersyukur, sesungguhnya suratan itu adalah yang terbaik buatku iAllah. Sebab yang aku pohon pada Allah berikan aku yang terbaik iAllah. 2:216-Mungkin apa yang aku pikir baik(plan) xsemestinya realitinya baik utk diriku. Owh skarang, aku dah FINAL YEAR!!!!!tunggu beberapa minggu sahaja lagi untuk habis study. Sekejapnya masa berlalu. 4 tahun aku xrasa apa2 pun. terlalu pantas masa berlalu. 7 tahun jugak aku xjumpa ayahku....Subhanallah. No wonder, Allah cakap dunia ini hanyalah persinggahan/perhiasan semata-imply untuk sesuatu yang xperlu kita fokuskan. If 4/7 tahun pun xrasa apa2---meaning hidup 60/70 tahun rasa mungkin jugak sangat sekejap....Sebab tuh kene strive untuk akhirat, yang Alah janjikan as your eternal life.
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.....seandainya xberdakwah!-al-asr


Monday, July 26, 2010

Dunia itu pasti akan memenatkanmu

Bismillahirrahmanirrahim,
Sama seperti tajuk yang aku nukilkan, dunia itu pasti akan memenatkanmu-kerana aku rasakan sangat penat ketika ini. Itulah yang kurasa saat ini. Tapi kenapa manusia mengejar dunia, aku naik hairan bila dipikir2kan jawapan?....

wassalam

Saturday, July 24, 2010

Mereka pun sedar akan hakikat itu

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullah buat pembaca semua,

Saya ingin sekali berkongsi rasa hati semasa kelas Design minggu ini. Lihat gambar ini;Ini adalah coretan yang aku buat dalam kelas bagi menimbangtara "Value of Consequence"
Makna consequence adalah kesan. Kepesatan teknologi dinihari telah men'drive" dunia kita ke arah materialisation. Segalanya diukur dengan wang.
Berdasarkan gambar yang saya muat turun di atas, bencana2 dunia diberikan rough cost kerugian.

Sekiranya seseorang percaya bahawa bencana atau kematian boleh diukur dengan wang-dia akan percaya bahawa bencana "global financial analysis" adalah yang paling dahsyat impactnya berbanding bencana2 lain.
Sekiranya seseorang itu "naturist/ecologist"-pasti dia akan meletakkan bencana Krakatoa adalah di ranking pertama(Krakatoa adalah sebiah gunung berapi yang pernah meletus pada 1883) kerana kemusnahan yang dicatatkan adalah seluas 20 cubic km of particles terbebas into atmosphere.
Seandainya dia adalah seorang aktivist kemanusiaan-pastinya dia akan meletakkan "global Financial Crisis" sebagai ranking pertama kerana berjuta2 orang dianggarkan menganggur dan tiada punca rezeki.

Punca masalah yang dibincangkan dalam kelas adalah seperti berikut:

  • BP-BP oil spill
  • Economist-Global Financial Crisis
  • Terrorist-9/11 tragedy
  • Mother Nature-Katrina
  • Government-Chernobyl
  • Union Carbide-Bhopal
  • Mother Nature-Worldwide pandemic 1980's-1990's
  • Mother nature-Krakatoa
Sekiranya anda sedar, kebanyakan bencana2 'alam tersebut adalah dari "mother nature". Apa itu mother nature?
Mother Nature (sometimes known as Mother Earth) is a common personification of nature that focuses on the life-giving and nurturing features of nature by embodying it in the form of the mother. Images of women representing mother earth, and mother nature, are timeless. In prehistoric times, goddesses were worshipped for their association with fertility, fecundity, and agricultural bounty. Priestesses held dominion over aspects of Incan, Algonquin, Assyrian, Babylonian, Slavonic, Roman, Greek, Indian, and Iroquoian religions in the millennia prior to the inception of patriarchal religions.

menurut Wiki-mother nature dikaitkan dengan bumi. nature yang buat, nature yang mempunyai kekuasaan etc. Kebanyakan bencana yang terjadi adalah kerana "mother nature". tidakkah mereka sedar bahawa mother nature yang dimaksudkan adalah Allah? Mother of kita sendiri tak mampu utk membuat ketetapan terhadap diri kita apatah lg yg mereka percayai. Kerosakan dan bencana yang Allah turunkan adlah kerana tangan2 manusia.

Value of consequence adalah subjective-bergantung kepada "siapa dan bagaimana cara dia berfikir" tentang masalah tersebut. Yang menariknya, lecturer saya pun ada menyatakan bahawa dunia kita dikuasai oleh "arts" people bukan "science" people. Macam ISK pulak.

Kesimpulan dari kelas hr itu adalah, bagaimana management sangat dititikberatkan dan kepentingan kita belajar dr sejarah/history. Saya amat kagum dengan lecturer tersebut kerana dia tahu banyak benda dan dia juga ada prinsip dia tersendiri yang mungkin xsama seperti orang lain.

Wallahu'alam.

Tuesday, July 13, 2010

mujahadah itu Allah yang nilai

a'uzubillahiminassyaithanirrajim,
bismillahirrahmanirrahim. Wah mujahadah itu Allah yang nilai, berat tapi berbaloi. xkanlah xsabar dalam nak mendapatkan pahala, sabar baru dapat pahala.

Monday, June 14, 2010

Palestin memanggil kamu pulang kepada Islam

Khutbah: Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam


bush

kredit animasi: Carlos Latuff

khutbahajah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini.

Firman Allah SWT:

17_4

“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” [al-Israa' 17: 4]

Para ahli Tafsir kontemporari menyetujui bahawa kerosakan pertama yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi ini adalah semasa mastautin mereka di bumi Yathrib. Mereka menguasai politik, ekonomi dan sosial di kota tersebut, bongkak dengan impian mereka bahawa Nabi akhir zaman akan diutuskan sekali lagi daripada keturunan mereka, dan seterusnya memanfaatkan kebodohan kaum Aus dan Khazraj lalu melaga-lagakan dua kelompok kaum Arab ini hingga berperang sesama sendiri, mencecah suatu tempoh yang amat panjang.

Kerosakan pertama ini mencapai kemuncaknya, apabila mereka secara rasmi menolak Kenabian Rasul akhir zaman, tatkala tibanya Muhammad bin Abdullah ke kota Yathrib di dalam peristiwa Hijrah. Meleset sekali impian mereka, bahawa Allah telah menetapkan bahawa kaum yang banyak membunuh Nabi dan Rasul ini hilang kebanggaan buta mereka, apabila penutup segala Nabi dan Rasul, diutuskan daripada kaum Arab berketurunan Ismail ‘alayhi al-Salaam, iaitulah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Firman Allah SWT:

17_5

“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku” [al-Israa' 17: 5]

Sidang Jumaat, rahimakumullah…

Misi menghadapi kaum Yahudi yang tidak pernah jemu menyebarkan kerosakan di muka bumi biar pun telah diberi peluang berkali-kali oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, disempurnakan oleh umat Islam dengan pengusiran mereka dari bumi Khaybar pada bulan Muharram tahun ke-7H.

Semenjak itu, kaum Yahudi hidup berpeleseran dan sukar diterima di mana-mana sahaja penempatan di muka bumi, di bawah mana-mana kuasa pemerintah, disebabkan oleh perilaku mereka sendiri yang tidak henti-henti mencetuskan fasad di muka bumi.

Namun, di sepanjang sejarah itu, kuasa pemerintah Islam jugalah, dengan keluasan rahmat dan toleransinya menghulurkan bantuan bersyarat kepada kaum Yahudi, termasuklah semasa mereka berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai di bumi Andalus pada 1492 oleh kuasa Kristian. Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah mempelawa mereka untuk mendapat perlindungan duduk di bawah pemerintah Islam, tetapi Yahudi tetap Yahudi, mereka menjadi duri dalam daging hingga akhirnya berperanan sebagai kelompok terpenting yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah. Yahudi Donme yang hidup talam dua muka, menjadi lubang kebocoran bagi negara Islam terakhir itu, hingga legasi Islam ribuan tahun, tamat secara rasminya pada tahun 1924.

Sidang Jumaat sekalian,

Kejatuhan kerajaan Islam terakhir itulah, titik utama kepada terlepasnya bumi Palestin dari wilayah Islam. Sehingga kini, bumi Palestin itu terus bermandi darah, setiap anak yang dilahirkan, adalah seperti sudah tersurat bahawa mereka bakal menjadi mangsa kekejaman penjajah Zionis yang terus menerus membelakangkan kemanusiaan, menghancurkan apa dan siapa sahaja yang menghalang cita-cita mereka untuk menegakkan negara Zionis dari tebing Furat ke Sungai Nil.

Itulah ’sumbangan’ Yahudi.

Kerosakan demi kerosakan.

Dan Allah SWT telah menetapkan, bahawa kitalah pada hari ini yang berdepan dengan kerosakan besar-besaran pusingan kedua, sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam ayat yang saya bacakan tadi.

Jamaah kaum Muslimin sekalian,

Apakah tindakan kita? Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya?

Sesungguhnya, kita mempunyai 3 bentuk tindakan yang menanti perlaksanaan.

Tindakan pertama, adalah dengan MENGECAM.

Kita boleh dan perlu untuk membuat kecaman. Membantah dan menyuarakan penentangan kita terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin. Sama ada kecaman itu dibuat dalam bentuk demonstrasi, ucapan, khutbah dan penulisan, kecaman mesti diteruskan.

Kecaman ini boleh menjustifikasikan sokongan dan kebersamaan kita dengan saudara-saudara seagama di bumi Palestin. Ia juga menjadi bukti terhadap kepedulian kita. Ia menjadi tanda bahawa kita bukan terdiri dari kelompok manusia yang disebutkan oleh Allah dengan perumpamaan buruk sebagai BINATANG TERNAK.

Firman Allah SWT:

7_179

“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai” [al-A'raaf 7: 179]

Binatang ternak tidak pernah peduli kepada pisau yang sedang diasah untuk menyembelihnya. Binatang ternak hanya memerhatikan rumput dengan penuh nafsu terhadap perutnya. Binatang ternak adalah perumpamaan kepada manusia yang diberi mata tidak melihat, diberi telinga tidak mendengar. Apa yang mereka pedulikan hanyalah lima rukun hidup iaitu MAKAN, MINUM, KERJA, REHAT dan KAHWIN.

Semoga dengan kecaman dan bantahan yang dibuat, menjadi saksi di hadapan Allah, bahawa kita adalah manusia, bukan binatang yang tidak punya rasa peduli dan peka.

Namun kecaman bukanlah tindakan yang terbaik oleh seorang mukmin.

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

munkaran

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]

Arahan Nabi Muhammad sallalaahu ‘alayhi wa sallam terhadap tindakan kita mencegah kemungkaran, bukan sekadar mengingkarinya dengan hati, atau menegahnya dengan lisan, tetapi bertindak dengan tangan untuk MENGUBAH keadaan. Tindak balas kita mestilah ada upaya untuk mengubah keadaan, dan kecaman masih jauh dari mampu mencetuskan perubahan itu.

Sidang Jumaat rahimakumullaah,

Tindakan kedua yang mesti kita lakukan untuk bertindak terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin adalah selepas MENGECAM adalah MENCEGAH.

Mencegah boleh berlaku dalam beberapa bentuk.

Cegahan pertama adalah pada usaha mengelakkan diri untuk menjadi mangsa kepada kemungkaran itu. Ia mungkin boleh diertikan sebagai tindakan untuk berhijrah meninggalkan tempat di mana kemungkaran itu berlaku.

Ia mungkin berupaya menyelamatkan diri kita buat sementara, tetapi ia tidak akan dapat menamatkan kemungkaran itu daripada terus menerus berleluasa. Dan segala puji bagi Allah, saudara kita di bumi Palestin tidak bertindak melarikan diri. Jika mereka tidak punya semangat yang kuat untuk mempertahankan diri dan maruah Islam, sudah pasti mereka bertempiaran lari menjadi pelarian di bumi asing.

Namun Allah anugerahkan bumi itu dengan manusia yang kental jiwa. Mereka terus bertahan. Biar pun hanya dengan lastik dan batu, berundur tidak sekali-kali! Sama ada menang, atau syahid fi sabillah.

Mencegah yang kedua pula, boleh diertikan dengan tindakan kita mengekang diri daripada menjadi sebahagian daripada kemungkaran itu. Kita harus bertindak untuk menghalang diri daripada menjadi sebahagian daripada kekuatan regim Yahudi di bumi Palestin. Dan tindakan ini boleh dijustifikasikan dengan kempen boikot.

Secara individu, kita boleh menyekat diri daripada menggunakan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi regim Yahudi Zionis itu.

Firman Allah SWT berkenaan dengan hal ini:

17_6

“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya” [Al-Israa' 17: 6]

Di era kerosakan kedua oleh kaum Yahudi ini, Allah SWT menjelaskan bahawa kekuatan mereka adalah hasil yang diperpanjangkan kepada mereka berupa harta kekayaan dan sumber tenaga manusia. Ayat ini amat jelas menunjukkan kepada kita, bahawa regim Yahudi Zionis hari ini menjadi kuat hasil sokongan luar yang mereka terima.

Sokongan itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada negara Polis Dunia iaitu Amerika Syarikat.

Laporan http://www.ifamericansknew.org menjelaskan bahawa regim Zionis yang menjajah bumi Palestin menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.

Kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Negara kuasa besar dunia itu berupaya memanipulasi kewangannya sendiri untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rejim Zionis hasil kombinasi beberapa pihak, khususnya media di Amerika Syarikat yang tidak melapor, melapor secara simplistik, atau memberikan laporan yang salah, untuk mengawal kefahaman penduduk Amerika Syarikat tentang isu Palestin.

Maka tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini, tindakan menghentikan penggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.

Sidang Jumaat sekalian,

Walau bagaimana pun, tindakan mengecam dan mencegah masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada kita. Bahawa kemungkaran mesti menerima tindak balas yang bersifat MENGUBAH.

Perubahan itulah yang mesti diperhatikan oleh kita semua.

Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab?

Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar?

Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu, SEPERTI MARAHKAN ANJING MENYALAK BUKIT. Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri?

Kaum Muslimin rahimakumullaah,

Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.

Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.

Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.

Islam yang tulen.

Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.

17_8

“Dan jika kamu kembali, maka Kami pula akan kembali ..” [al-Israa' 17: 8]

Kembalilah kepada Allah, agar Allah kembali kepada kita dengan bantuan dan kemenangan!

end_1st_khutbah


Saturday, February 6, 2010

empat generasi terburuk

aku baru balik dr bersama2 adik2 JIM dirumah seorang akhawat sebentar td...tengah mengarang2 dan bermuhasabah diri iAllah. maaf jika xselalu update, selalu update masa ade macam nih je...entah balik auckland sempat ke x.iAllah.

td berprogram dengan Ust Nafis, tajuknya-ada apa dengan cinta?hmmm, aku sebenarnya xberminat sangat, masa tuh tengah tolong makcik2 masak2 kat dapor, then makcik suruh g dengar, so g ajela...rupe2nya...Cinta Allah dan rasul!bila kita cinta pada Allah dan rasul, perwatakan kita dan percakapan kita akan berlegar sekitar Allah dan rasul sahaja....kerana ikutan rindu yang mendalam, kasih yang memuncak-ke terbalik ayat nih, hihi...tapi xkurang juga takut yang menggusarkan. hebat kan?i wish to be like them(generasi Al-Quran yang unik itu). alahai, banyak lagi kene buat nih!usaha2!gempur2!

Empat generasi terburuk;

  • cita2 hanya untuk kepentingan perut
  • kemuliaan mereka dilihat dari perhiasan
  • kiblatkan wanita
  • agama adalah wang dan harta benda
Cita2 utk kepentingan perut sahaja-Majoriti masyarakat kita seperti ini. berhempas pulas sekadar mencari makan sahaja, esok nak makan KFC, esok nak makan sushi, bulan depan nak makan nasi dagang, ramadhan nanti nak masak nasi minyak etc. fikirannya utk makan2 makan dan makan......alangkah ruginya. Umpama binatang ternak lagaknya, bangun tidur, makan, penat makan duduk, tengah bekerja makan, bila ngantok je tido.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. [7:179]

Kita sama ke dengan binatang?xsamakan?kita lagi hebat sentiasa, buktinya, xpernah ada binatang yg menundukkan manusia, manusia menundukkan binatang adalah(ular, gajah, harimau, serigala etc semua ditundukkan manusia)

seterusnya, kemuliaan dari perhiasan semata-dah ade kereta toyota vios, nak tukar pulak kepada prado, then tukar lagi pada merc-haih, kalu merc tuh, bulih dapat beberapa MPV utk dakwah dah kan?Jom kite berusaha carik alat2 utk dakwah!kayakan dakwah, bukan kayakan diri(pesan ustaz). bila seseorang dirasakan lebih hebat dan mulia dari diri kita, pasti kita akan segan dan tabik la sama luuuu kan? itulah dia, samala kita nih, org yg pakai gelang rantai sebesar rantai lori, xberani nak lawan, kononnya dia orang mulia, sapelah kita...hesh!salah!sape lg mulia?sape?sapeee?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. [3:139]

seee, kamulah!orang beriman dengan lafaz dan amalnya!

kiblat kepada wanita?hmmmm terlalu banyak contoh rasanya zaman sekarang nih, lelaki tunduk pada wanita, demi wanita sipolanpolan aku sanggup redah lautan, demi si anu anu aku rela disiat2 etc. contoh paling famos adalah, Nabi Adam as pun turun dr syurga kerana wanita!tapi Allah menerima taubatnya, kita bagaimana. the same applies la, kepada wanita jugak. contoh biasa, si rempit, demi mendapatkan layanan wanita, dia sanggup menggadaikan nyawa dimedan litar, alangkah murahnya harga dan nilai nyawa itu...bg mereka.

agama mereka adalah wang dan harta benda. agama itu adalah sistem, segala kita laksanakan semua demi menegakkan sistem. contoh 1 malaysia, semua kita lakukan, program etc demi merealisasikan gagasan 1 Malaysia. samalah jugak, kini, agama telah bertukar kepada agama taghut, yang mana bertukar kepada dunia yang fana'....jauh dr nilai akhirat yang abadi. bangun tidur, ingt duit jeeeee...pergi mana2 pikir duit/elaun baru join...dakwah pun!ada gaji baru nak buat!haih, mintak dijauhkan Ya Allah. sanggup berhempas pulas demi taghut..siang dan malam.
Di akhir kalam, ingin sekali aku menyeru kepada semua, 47:24-afala yatadabbarunalQuran?
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci? [47:24]
pemikiran kita akan dicorakkan oleh apa yang kita baca dan fikirkan selalu(most of our time spent with). sebagaimana tertegaknya dulu sistem komunisme...kerana pembacaan seorang pemuda-Vladimir Lenin pada buku komunisme ditulis oleh Karl Max, 1870-1924. kerana itu, demi menjadi generasi Al-Quran yang unik, pemikiran kita pun perlu jadi umpama mereka, Quran, sunnah...so kene baca tulisan2 tokoh2 islam hebat yang telah syahid fisabilillah iAllah.!Jom membaca!

wallahu'alam.semoga Allah tsabatkan dan teguhkan kita dijalan ini iAllah, amiiiin.

Tuesday, January 5, 2010

Syifa' Syifa'

Salam 'alaykum dearie syifa', wa masukkan post2 syifak dalam blog wawa, semoga bermanfaat. Jazakillah khair semua.

Sunday, January 3, 2010

Merindui syahid

Bismillahirrahmanirrahim, subhanallah alhamdulillah allahuakbar..Kini sudah lewat tengah malam di Miri.Aku duduk tidur di ruangan bawah demi membendung adikku berjaga malam menonton tv. Hmmm, mataku degil untuk tidur, entah kenapa dari td mahu menulis. Post yang agak menarik bukan?Benar2 menarik...aku sentiasa teringat2 mati itu sungguh dekat padaku. Malaikat maut menjenguk setiap 80 kali sehari demi mengingatkan aku...astaghfirullah, ampunkan dosa2 kami hambaMu Ya Ghafur Ya Rahiim...

Rasulullah s.a.w mendapat gelaran or 'title' syahid ketika umurnya mencecah 63 tahun selepas 23 tahun berkecimpung dalam dunia dakwah. As-Syahid Imam Hassan Al-Banna syahid ketika umurnya xsampai pun 41 tahun selepas berkecimpung lebih kurang 20 tahun dalam dakwah. Waaah hebat bukan? berpuluh2 tahun mereka akhirnya mampu mendapat syahid. Jika direnungkan pada diriku, baru setahun jagung mungkin dibandingkan dengan para mujahid agung yang telah bertemu denganNya. Mereka mengorbankan harta, jiwa, tenaga dan masa demi menegakkan panji islam yang mulia. Tsabatkan aku dalam jalan ini Ya Allah, matikan aku dalam keadaan husnul khatimah, dalam iman yang terbaik.

Mati itu sudah pasti bagi anak adam. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Mati katak?mintak dijauhkan. Mati syahid aku rindu2kan. Bukan mudah untuk diraih, tapi aku perlu berusaha keras sentiasa dalam segala usahaku dalam mencapai keredhaanNya demi memartabatkan Islam di persada alam buana ini.

Aku rindukan syahid Ya Allah, berilah aku peluang Ya Allah, coretkan dalam lauh mahfuzhMu namaku dalam kalangan para syuhada'.

Wallahu'alam.

Saturday, January 2, 2010

muhasabah tahun baru

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah dengan segala nikmat dan kurnia Ilahi, aku mampu menulis lagi. Aku baru sahaja usai membaca sebuah buku yang memang aku minati...Buku Sirah Nabawiyyah tulisan Dr. Mustapha Siba'ie. Walaupun bukunya xselengkap Raheeq Al-Makhtum, terdapat sangat banyak peristiwa dan tragedi yang memberikan pedoman buat aku menongkah hari2 depanku insyaAllah.

Sirah Rasulullah s.a.w merupakan titik tolak aku mula berjinak2 dalam dunia islam, dunia dakwah...ini adalah kerana aku merasakan tempias pengorbanan dan semangat daripada Rasulullah s.a.w. Sangat mengkagumi peribadi dan akhlak baginda s.a.w, dalil dari Al-Quran menguatkan lagi hujahku ini;
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [33:21]
Bukan itu sahaja, membaca sebenarnya akan membuatkan aku lebih mendalami, merasai serta memahami sesuatu perkara(aku jenis baca lg paham compare to dengar), benar kata As-Syahid Ustaz Rahmat Abdullah, "buku itu gedung ilmu, makin banyak dibaca makin banyak kamu tidak tahu."Ini merangsangkan lagi semangatku untuk membaca, sebagai tips2 pembacaan(bagi yg susah nak membaca), biasakan baca newspaper online, lama2 bila baca news sekejap je, saya xprefer dengar berita, prefer baca berita sebab baca kejap je, dengar kene tgu sejam, itupun berita utama je, berita palestin dan gejala masyarakat tak termasuk lagi.
Sebenarnya, tujuan aku menulis blog pada hari ini, antaranya sebab dah terlalu lama xupdate blog, kesian, dah bersarang2 dah siap beranak pinak dah kot labah2 kat dalam nih, hihi. Jadi segan nak bagi alamat blog pada orang lain pulak sebab xupdate. Hihi, baek saya usahakan iA walau sebentar je menulis.
Dikesempatan ini, nak menggunakan peluang tahun baru untuk muhasabah diri ini. Aku dah tiga tahun dah blajar di University of Auckland alhamdulillah. Tahun depan merupakan tahun terakhir buatku disana. Betapa aku sangat menyayangi pengalaman dan kehidupan disana(ada terfikir nak sambung master atau PhD if ada peluang iA). Terlalu mahal untuk aku gadaikan dengan kenangan pahit kerana terlalu manisnya saat2 lalu.
Jom muhasabah, tapi bukan muhasabah University of Auckland, University of Tarbiyyah...belom grad lg...
10 ciri individu muslim, merupakan kayu ukur yang xberskala untuk dilihat sentiasa, setakat mana keyakinan terhadap maratib amal(Tangga Tujuh-TT kata Kak Ain) mampu memacu ke arah ustaziatul alam. Kalau dilihat dari aspek Sirah Rasul s.a.w, Rasulullah antara Rasul yang Allah berikan kemenangan, seperti juga Nabi Sulaiman, Yusuff, tapi xmampu nak celen(bahasa sarawak-lawan) Rasulullah lah. Rasulullah ada suri seorang ayah, suami, sahabat, ketua perang, khalifah kerajaan madinah, dan saudara jugak. Rasul2 lain atau nabi2 lain, ada segelintir mempunyai suri2 ini tapi tak secara total sepertimana yang Rasulullah ada. Rasul adalah sebaik2 role model!Baek. Dari situ As-Syahid imam Hassan al-banna mengkaji Sirah Rasulullah saw dan mampu memerah jus maratib amal ini...Cuma Rasul xsempat ketika mana kerajaan Islam merasai Khalifah kerajaan gabungan islam dan ustaziatul alam. Namun, kira hebatla, 23 tahun mampu menang dan buat satu kerajaan. Tabik sama Rasulullah s.a.w maaa...
Maratib first adalah IM-individu muslim. Nih la stage yang sampai bila2 pun xhabes2...rasanya ada buat post pasal IM nih, so xnak elaborate panjang2.
Sebelum pergi ke stage td, sepatutnya, kesedaran mengenal diri sebagai manusia juga penting serta peranan atas muka bumi(2:30&51:56), tahu dari mana(tanah dan air mani yang hina) dan akan kemana(kampung akhirat)-->semua nih mengenal hakikat Insan atau manusia. Penting nih, kene tahu benda2 nih supaya clear dan lagi zzzooooop(terkesan).
Bila dah tahu matlamat, kekuatan diri, go through Sirah dan jugak Sejarah Kejayaan Islam(ISK), haaaaa baru bes, Syahadatul Haq lagi bersemangat lagi! Sebab dalam buat sesuatu perkara, tidak cukup untuk ikut2an sahaja-perlu tahu kenapa sekiranya mampu melainkan syariat Allah tidak lain x bukan kerana Iman kita pada Sang Pencipta yang Lagi Maha Mengetahui dan Bijaksana.
okla, bawak2 renung2kan, nak berehat sebentar bersama sang buku. Ok, sekiranya ada salah silap atau kekurangan boleh inform pada saya atau komen sahaja ok?Maaf jika ada salah silap kerana menunjukkan saya hamba yang lemah lagi xberdaya tanpaNya.Jazakillah khair. Wassalam.