CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 31, 2007

Sayangnya Allah pada kita



Assalammualaikum wawa n para pembaca sekalian..
Ain ambik ni dari ukhwah.com..



Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian ABADI...


Kenapa AKU DIUJI? "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


Kenapa UJIAN SEBERAT INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


rasa FRUST? "janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI? "Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! "... ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

`Knowledge exists potentially in the human soul like the seed in the soil; by learning the potential becomes actual.' Imam Al-Ghazali

~~Dakwah, 'Study' & Jongkang Jongket~~


Assalamualaikum w.b. Baru sebentar tadi Fadhi terima 4 email dan ini salah satu daripadanya...dipos dari Kak Long saya (Kak Syuhadah);


Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah

Lia, ummah semakin koyak

Lia, jomlah kita bangkit mengubah
segalany


Aku tidak mahu Aku kena study Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program

Aku menyesal megikuti semua itu Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita
rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya

Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah

Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal
dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain
terhadap Islam


Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongket


Jongkang jongket? Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongket

Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?
Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional


Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya

Aku tidak faham


Tak pe, aku terangkan

Macam gini, bila dah berdakwah tu

Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria
misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah
ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa
kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle,
terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja

Sebab apa? Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu
Aku tak pernah rasa semua itu


Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu

Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak
berlaku tarik tali dengan Allah


Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,

Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment
banyak lagi Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah
Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,
tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan
dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada
dengan Allah


Lia dah faham Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak
masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak
mengerjakan kerja tersebut


Lia, sahabatku, Seorang ibu pernah mengatakan

Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap
perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan
jiranku, aku ingin mereka merasakan
kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian
rumahtanggaku, aku ingin mereka
merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk
dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi
manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan
keluarga dan sahabat, segalanya adalah
dakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah;

Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam
Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia

Moga kedua-dua kisah ini dapat kita
renungkan bersama Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.

Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna.
Dakwahnya menyinari hati umat manusia
di saat itu.
Dia berdakwah sehingga ke
kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi.
Semua manusia
mengenalinya.
Tanyakan sahaja di
jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .

Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha.
Itu Sunnatullah.
Tapi Lia,
kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.
Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita
juga kena berusaha.
Itu juga adalah
Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam
buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

<
ArRahimNya, memberi ketenangan dan kepuasan kepada hambaNya yang beriman apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan/ perkara Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya. Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi.

Di dalam
mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama-sama ulama yang terkenal.Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil. Salah seorang ulama itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, Di mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah? Saya menjawab, Ini dia! Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya. Buka ke muka surat sekian-sekian . Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga. Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya. Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.>>

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah
bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang
terbaik.
Dia ingin mempertahankan prestasi
terbaik untuk Allah, agama Allah.
Di
sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat.
Dia hanya ingin memberikan yang
terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang.
Dia pernah bertanya kepada
Allah;

Ya Allah, kenapa engkau
mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya. Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab
"Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Akunyakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun."
Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan.
Tulisannya benar-benar terkesan di
hati saya.
Dia bercerita tentang
seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil.
Kisah ini kisah benar.
Saya namakan
wanita ini A.
A memerlukan tongkat
untuk berjalan.
A tidak berapa cantik,
tidak slim dan tidak tinggi.
Satu
sahaja keinginan A.
A ingin sesiapa
sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.
Keinginan A tercapai.
Bila A belajar
di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah.
Bila A berjaya masuk ke
universiti,
sekali lagi orang ramai
mengucapkan Subhanallah.
Bila A
menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah.
Dan
sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.
Orang ramai tertanya-tanya, apa yang
mampu A berikan kepada suaminya.
Takdir Allah menentukan yang
sebaiknya.
Allah mengurniakan A dan
suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna.
Sekali lagi orang ramai
mengucapkan Subhanallah.
Dengan kecacatanya, A masih mampu
membuat manusia mengingati Allah.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa
paras bukan persoalan utama.

Ingat
lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum.
Dia sahabat nabi yang buta.

Dia mahu membawa panji bendera Islam.

Katanya, buta menyebabkan dia tidak
takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh.
Akhirnya dia
syahid.
Mereka yang menemui mayatnya
tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya.
Subhanallah.


Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh
Ahmad Yassin.
Dia cacat.
Duduk di atas
kerusi roda.
Tapi apa yang telah dia
lakukan?
HAMAS berdiri dengan izzah.

Musuh menggeruninya.


Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan.

Finally, whatever I do, I always
remind myself that I am doing it for the sake of God. As stated in the Quran,
"Say: Truely, my prayer, my
service of sacrifice, my life, and my
death are (all) for God, the Cherisher
of the Worlds" (6:162).
May Allah S.W.T. accept my humble efforts.Amiin. ALLAHUMMA a'iz al Islam wa al Muslimin!

Wednesday, August 29, 2007

~~GERHANA~~


Assalamualaikum w.b.


Wawa, kak Fadhi buat coretan sikit ye malam ni...


Mmmm...12:28pm bulan penuh kembali semula...


Macam biasa...balik sahaja ke bilik pasti kubuka mana-mana blog yang 'terpilih' nak cari bahan menarik untuk dibaca. Terus 'click' Suhaib Webb (former christian William Suhaib), terbaca artikel Muslims in The West Reviving The Sunnah- reminding people to pray the eclipse solah. Tak rasa apa pun sebab ingatkan tak melibatkan New Zealand (tunjukkan betapa ceteknya pengetahuan dan tak peka dengan isu semasa...isy perlu diubah ni!)


Tiba- tiba dapat 'message' dari kak Hawa:
Pada zaman Nabi s.a.w apabila anak baginda meninggal, ada pihak yang mengaitkannya dengan gerhana yang berlaku pada waktu tersebut.

Baginda pun bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana disebabkan kematian seseorang, sebaliknya keduanya adalah tanda-tanda kebesaran Allah. Apabila kamu melihat keduanya (gerhana) maka bangun dan bersolatlah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

'Check' pula status YM list...aik...semua cakap pasal gerhana? Huh...la kat sini pun nampak ke...gerutu ku dalam hati. Terus selak langsir sampai tergeliat leher pusing-pusingkan kepala nak cari bulan. Tak nampak...awan hitam!Sedih....sedih sangat masa tu sebab sangkaku dah ter'miss'.

Tok tok tok ketuk pintu bilik Teh ku ketuk. "Teh ko nampak gerhana?" "...Emm tak. Aku pun cari." Hampa. Dari bilik Teh pun tak nampak. Ruginya... panjangkah umurku nak saksikan gerhana akan datang? Laju air mata membasahi pipi bila tiba- tiba terlintas soal umur panjang ke tidak. Lebih- lebih lagi terasa hati ni seolah- olah gerhana dan sepi.


Sambung semula buat assignment...Tengah fikirkan jawapan soalan maths ni kudongakkan kepala keletihan. Subhanallah...bulan! Nampak bulan masih gerhana lagi.=D Lama kuperhati hingga 3/4 bulan hampir terang. Alhamdulillah dapat ku nikmati keindahan ini. Mengalir lagi air mata yang masin ini...

"Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Petikan dari New Zealand Herald:

The last time a total lunar eclipse was visible over New Zealand was in July 2000, and the next occurrence observable from New Zealand is on December 21, 2010.

Lama...3 tahun lagi Alhamdulillah sempat...yelah ajal maut ditangan Allah. Entah- entah esok dah tutup mata selamanya(ish kadang-kadang ini yang buat terasa serba salah tak nak balik Malaysia tahun ni...tak apa lain kali cakap pasal ini)

...lantas mengingatkan ku pada konsep Ilah disampaikan Kak Sumayyah. Shahadatul Haq.

1.Iman kepadaNya.
2.Tanggungjawab...ringan di bibir, berat di Mizan.
*Bila mengucap, kita jadi saksi dan ada tanggungjawab!

Perlu disampaikan...kenapa? Bagaimana? Kesannya? Semua dibincangkan...Semoga menjadipanduan dan semoga kita semua diberikan kekuatan dan dipanjangkan usia supaya dapat tambahkan amal untuk bekalan mengadapNya.


Banyakku dapat hari ini. Semoga hati ku tidak gerhana lagi...sering rasa kehilangan walaupun tak pasti apa yang aku hilang. Ingat Allah pasti hati akan tenang... Terima taubat hamba Mu Ya Rabb.

Wednesday, August 22, 2007

~~~Scars of Luv~~~



Assalamualaikum w.b.t, nothing much i would like to share this time. This article is such an analogy of Allah 's luv to us..First thing first read the article;


"Some years ago on a hot summer day in south Florida a little boy decided to go for a swim in the old swimming hole behind his house.
In a hurry to dive into the cool water, he ran out the back door, leaving behind shoes, socks, and shirt as he went. He flew into the water, not realizing that as he swam toward the middle of the lake, an alligator was swimming toward the shore.
His mother, in the house, was looking out the window and saw the two as they got closer and closer together. In utter fear, she ran toward the water, yelling to her son as loudly as she could. Hearing her voice, the little boy became alarmed and made a U-turn to swim to his mother.
It was too late. Just as he reached her, the alligator reached him. From the dock, the mother grabbed her little boy by the arms just as the alligator snatched his legs. That began an incredible tug-of-war between the two.
The alligator was much stronger than the mother, but the mother was much too passionate to let go.
A farmer happened to drive by, heard her screams, raced from his truck, took aim and shot the alligator. Remarkably, after weeks and weeks in the hospital, the little boy survived.
His legs were extremely scarred by the vicious attack of the animal. And, on his arms, were deep scratches where his mother’s fingernails dug into his flesh in her effort to hang on to the son she loved.
The newspaper reporter who interviewed the boy after the trauma, asked if he would show him his scars. The boy lifted his pant legs; and then, with obvious pride, he said to the reporter, “But look at my arms. I have great scars on my arms, too. I have them because my mom wouldn’t let go.”
You and I can identify with that little boy. We have scars, too.
No, not from an alligator, or anything quite so dramatic. But, the scars of a painful past. Some of those scars are unsightly and have caused us deep regret. But, some wounds, my friend, are because God has refused to let go.
In the midst of your struggle, He’s been there holding on to you.
This teaches us that God loves us. But sometimes we foolishly wade into dangerous situations. The swimming hole of life is filled with peril -and we forget that the enemy is waiting to attack. That’s when the tug-o-war begins - and if you have the scars of His love on your arms, be very, very grateful. He did not - and will not - let you go."


Shame on us if we lead our path to the wrong way. Allah luv us much much more than human's luv, but we don't really appreciate it. Let's us ask for Allah forgiveness, and pray for our eeeman. Wallahu'alam.

Sunday, August 19, 2007

~~~~SAND AND STONE~~~~



Salam 'alaykum warahmatullahi wabarakatuh, to all my dear usrahmate...here i would like to share a great story about a couple of friend. The moral of the story makes me really impress. Hopefully we gain benefit from this article.


~~~~~~~ Sand and Stone ~~~~~~~~~
A story tells that two friends were walking through the desert. During some point of the journey they had an argument, and one friend slapped the other one in the face. The one who got slapped was hurt, but without saying anything, wrote in the sand:“TODAY MY BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE.”

They kept on walking until they found an oasis, where they decided to take a bath. The one who had been slapped got stuck in the mire and started drowning, but the friend saved him. After he recovered from the near drowning, he wrote on a stone:“TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE.”
The friend who had slapped and saved his best friend asked him, “After I hurt you, you wrote in the sand and now, you write on a stone,why?” The other friend replied: “When someone hurts us we should write it down in sand where winds of forgiveness can erase it away. But, when someone does something good for us, we must engrave it in stone where no wind can ever erase it.”
LEARN TO WRITE YOUR HURTS IN THE SAND AND TO CARVE YOUR BENEFITS IN STONE.
Wallahu'alam.

Sunday, August 12, 2007

~~~CINTAKU PADAMU...~~~




Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...sebelom wawa tutup mata tok tido wa nak buat post sikit..tok renungan wa same ngan akak2 usrah gak..n byk gak reflek wawa sendiri la..tup tap tup...jap je masa berlalu..xsda langsung dah hari ahad...xrase pun..betapa ase xdek ape2 pun yang wa buat dalam minggu nieh...sekadar penuhi jadual duniawi...bukan ukhrawi..betapa sedihnye ase hati bila mengenangkan hari berlalu tanpa ape2 yang wa buat pd agame..saudara di palesting...saudara seakidah yang lain yang merana akibat cengkaman musuh2 Islam yang nyata. huhu sesi uah perasaan lak, okes la..ni wa nak share gak n nak wa renung gak...sejauh mana cinta kita pada ALLAH...dalam kita xsdar sebenarnye terlalu sikit cinta kita pada Allah dibandingkan cinta Allah pada kita...cinta ALlah pada kita yang sampai kerana cinta Nya Dia xpernah jemu kasik kita peluang after kite tido untuk jalani idup terus kat dunia yang sekadar pelabuhan akhirat nieh..sampaikan xpernah jemu Allah kasik kite nikmat makan minum n berkasih sayang sesama manusia..Alhamdulillah, syukur sangat...setelah berapa banyak kali kite dah cuai n lalai terhadapNya Dia tetap terus kasihkan hambaNya yang hina ni...so kite kene lah reflek diri terutama yang terutama wawa gak...kene reflek wawa sejauh mana cinta wa terhadap Allah? lagi banyak ke lagi sikit compare ngan cinta wa pada harta dan saudara? Sedarlah wawa hidup ni hanya sementara cuma tiada apa yang bermakna melainkan bekalan semata....bekla wawa nak tido sat before klas sok lak insya Allah.semoga Allah ampunkan dosa2 wa n kite2 sume. ameeen. Halusi diri kita sendiri.





Tanda-tanda CINTA KPD ALLAH
Tanda2 cinta pd Allah:
1)cinta pada kematian
2)bermunajat kpd Allah
3)sentiasa berzikir kpd Allah
4)berjuang dijln Allah
5)melakukan ketaatan dirasakan nikmat
6)tidak berduka dngn kehilangan sesuatu
7)menundukkan nafsu
8)menjalin kasih sayang
9)takut berpaling drpd Allah….




Adakah kita mempunyai tanda2 ini?hitung lh diri sendiri…wassalam

Kesatlah air matamu dari terus berlinangan akibat kesakitan diuji dengan hal duniawi , tetapi biarlah ia terus mengalir rindukan Sang Pencipta Yang Agung. wallahualam

Thursday, August 9, 2007

BUAT HATI YANG BERDUKA...


Assalamualaikum suma..ni before wawa tido wa buat la kebetulan hati tgah berduka n baru jek mintak nasehat dr kak suya ni. Wats d point wawa nak berduka? Cani citernye..hmmm hari ni lepak kat surau after kelas chemmat slesai, pastuh g la blaja2 sambil2 tuh terdengar la satu sore sayup2 dr tempat laki tgah recite al-Quran, subhanallah..syahdunya kedengaran...xlame kemudian..terdengar lak bunyik tangisan dr sang laki tuh..wah, lagi terkezut, lantas wawa terpikir la..alangkah indahnya if wawa pun org yg macam tuh..bile baca ayat al-Quran lantas merindui Sang Penulisnya, bile berjalan tunduk sedar akan kelemahan n kelemahan diri ini...alangkah hinanya kita s hambaNya kadang2 xsda bertuan..salu alpa leka lalai dengan tekanan duniawi.. Senanye simple jek tazkirah ni untuk peringatan wawa khususnya sebab xdek org tahuw pun wa baru wat blog, kukuku. Buat hati yang berduka;


Hati yang berduka ni rentetan dr hati yang xsehat, knape ek xsehat?sebab xcukup nutrient, macam kita la human being, makan xcukup jadikla aneroksia nervosa, makan xpantang... jadikla ketulan bijik2 kat muka,...hehe,mintak maap..ni nasehat pd yg berkenaan so makan berpantang la gak....Hati xtenang? So hati dalam keadaan inordered state, sebab tuh la rase xkeruan semacam jek... so first thing first..



  • Amalkan tasbih tahmid dan takbir...ni kene highlight nieh..Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada puteri baginda Siti Fatimah


  • Then berdoalah kamu...mohonlah kepadaNya.Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.


  • Sibukkan diri dengan sesuatu-Laukan aktiviti yang boleh wat kan kita lupekan kekusutan lam kepala hotak(ciplak kak ana) n gundah lam ati. Nemu utai nuan?


  • Adakan sesi luah meluah-ni pun ok gak sebab we need others in order to survive.Kite lahir kat dunia bukan leh bertatih sengsorang, kne ade org pimpinkan...sebab tu la kite kene idup lam komuniti. Even mati sekalipun xdek org g gali kubur sendiri. Luah wawa jangan xluah.


  • Buat blog pun antara method yang seswai tok meluah..haha.


  • Senyum- if korang berada lam keadaan depressed..senyumlah...something yg negative kene neutralkan ngan positive. Nescaya akan rase tenang ckit pastu..lantak la sape nak kutuk cakap kite senyum sengsorang, huhu..if xmoh gakk..ape kate korang g tengok gamba bayi2 yang comel..pasti berkesan!!!cool wawa cool!!


  • Baca al-Quran- Ni semestinya sebab makanan utama hati adalah penghayatan time bacaan al-Quran, hati xtenang salu dikaitkan dengan xbaca al-Quran.

Okes2 sampai disini sahajalah wawa edit, sok wa masukkan ayat al-Quran so that lagi kukuh tok renungan wawa jugak.

Wednesday, August 8, 2007

Pandangan ibu pada sang anak



Assalamualaikum suma, cool cool..alhamdulillah wa maseh idup g, terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kat wa slame ni..nikmat tajaan mara, nikmat makan minum nikmat bersahabat and banyak lagi memang xtertaip la..hehe, ni nak share something la hopefully bermanfaat buat kite sume ek..okes wa nak bawak korang berfikir sat..pikir jgn biau otak berkarat..hehe,korang watle kesimpulan dr cerita yg wa nak bawak ni..if ayat lintang pukang jgn la heran..bak kata sayme, 'Keling la ko ni!' huhu..nama2 and watak lam ni xdek ketan ngan org idup or mati sekian;


Kat sebuah hutan belantara ni, alkisahla sekor burung hantu bersahabat baik ngan sekor meow utan ni. Meow ni maseh stay single g sebab xdek jumpe pasangan yg seswai g. Brg antu ni plak dah kawen and ade beberape ekor anak,ade 5 eko anak total sume. Anak2 de maseh kechik2 lagi..so makan minum kene la brg antu ni uruskan lg. Macam wa mase kechik dulu la, sume mak urus lg, juz wa xske minum susu je..huhu.Ok2 pastu satu hari ni si antu ni nak p carik nafkah tok anak2 de, so de g lah nak carik keje. Terserempak la dengan meow si besfren die ni td, so derang berbualla..syiok2 berbual pastu meow nak mintak diri nak g carik makan sebab perut dah berkeroncong. Pastu antu ni pesanla kat meow ni jangan makan anak die sebab meow tuh cakap nak makan burung hari tu, saje tuka slera salu makan ayam je siap salu kene sebat ngan tok ketua kampung sebab makan ayam die.


Antu tuh siap describe g anak die ni camne. Dikatakan ni la ayat die,"MEOW nanti awak janganla makan anak saya ek?!" Jawab si meow plak,"OK2 kire kawanla punye pasal, camane rupe anak akak ek??"Burung Antu jawab la lagi.."Anak sy cantek n comel2 lote..." Pintas si meow lak,"Okes!!!SY xmakan mane2 anak burung yg cantek.."Dengan senang atinye brg antu tuh g jalan2 carik nafkah.. Pastu meow ni bertenggek la dr dahan ke dahan lompat sane sini nak cari burung nye sangkar. penat2 punyela penat pastuh si meow ni nampak la satu sangkar burung ni,punyela huduh wajah2 anak bururng lam sangkar tuh...derang sume tgah tido..dahla xkiut langsung...huhu..kejam nye ayat..ok pastu si meow tuh nyam2 trus makan dengan lahapnye anak2 burung tuh sebab die yakin ni mesti bukan anak sahabat die si akak tua..lepas kenyang perut tuh die p balik dengan senang atinye n mase on d way balik terserempak lagi ngan si burung antu ni.


Burung Antu tanye.."Meow, ko nampak cam senang ati jek..dah kenyang ke? anak sape ko makan hari ni??"Meow jawab la,"Anak sapo....lah tu xtahuw lah anak sapo..tp kompem bukan anak burung antu sebab sume huduuh2 blaka =)" Burung Antu tu senanglaa ati balik umah sebab anak die slamat dr kene makan meow. pastu bile sampai umah je...suasana umah de berglumuran ngan darah...huhu,anak die sekor pun xdek dh..alangkah pilunye ati ibu tua tuh anak die dah xdek dah.


Ok dah tamat dah cite wawa..so ape kesimpulan dr cite ni??