CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 28, 2008

Ceritera kami dan Ramadhan

"Dia(Musa) berkata, "Ya Tuhanku,lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku, dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, (iaitu) Harun, saudaraku. Teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepada-Mu, dan banyak mengingat-Mu. Sesungguhnya engkau Maha Melihat (keadaan) kami."
(Taha:25-35)

Itu antara bait-bait doa Nabi Musa, menginginkan seorang sahabat yang sentiasa di sisi, tika susah, tika senang. Ternyata mencari seorang kawan memang mudah, tapi seorang yang mampu digelar sahabat agak sukar tapi tak mustahil diperoleh.

Saya merasakan Ramadhan kali ini benar-benar bermakna. Terasa seakan tidak mahu melepaskan ia pergi. Ramadhan, bulan silaturrahim. Ramadhan, mengeratkan hubungan sesama kita. Seharian, bermula dengan iftar, kemudian solat maghrib bersama, santap bersama, Isya' dan sudahnya dengan terawih lapan rakaat. Kita berjemaah, kita bersatu, kita menjaring kemesraan yang jarang terbina di bulan-bulan yang lain.

Alhamdulillah! Betapa cahaya Islam itu ada di mana-mana.

" Mereka hendak memadamkan cahaya(agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya."
(As-Saff:8)

Betapa saat-saat cahaya Islam itu cuba ditutup oleh tangan-tangan munafikun, Allah menunjukkan kekuasaan-Nya, memelihara cahaya Islam itu sampai bila-bila.
Serasa tak keterlaluan kalau saya katakan, saya seakan-akan berpuasa di tanah Arab, bukan di Auckland. Kenapa? Kerana kemeriahan dan kehangatan Ramadhan di sini amat berbeza dari di Malaysia. Tak percaya? Jom ke sini...Hihi..

'Sharing session' minggu lepas, memberi makna yang besar kepada saya. Terasa seperti aktiviti 'ice breaking' semasa di zaman persekolahan dulu. Sesungguhnya, puasa mendidik peribadi untuk menumbuhkan jiwa sayang dan tali cinta. Terpadam rasa ego yang dahulunya melangit tinggi. Secara jujur, saya lebih mengenali kamu. Saat itu, kita berkongsi apa sahaja yang terpendam dalam hati. Yang pasti, pertemuan itu sesuatu yang meninggalkan bekas, paling kurang bertautnya ukhwah dengan lebih akrab.

Benar..Dalam pahit ada manisnya. Manis rasa persahabatan, seperti jua di sebalik kelabu awan, kelak akan tersinar mega nan cantik berseri.

"Terima kasih, sahabat! Terima kasih 'Penyembuh hatiku'!". Hati saya bertasbih begitu. Moga jalur-jalur Ramadhan tahun ini hadir bersama lembayung keberkatan, bersama bunga-bunga kemesraan yang saya harap kembangnya takkan terlayu. Insya-Allah..

2 comments:

purplemujahidah said...

Salaaam.. Subhanallah.. beautifuL!!! very beautiful~ =) uhibbukifillah kak emy.. .:hugs:.!!

emilia said...

sayang kamu juga =)
each n everyone of u