CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 14, 2008

Akukah terkorban atau diakah????

salam sejahtera semua, lama sungguh sy xupdate blog, demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...kecuali mereka yang berpesan2 kepada kebaikan...biarpun kita bz pastikan jugak masa yang kita gunakan adalah untuk kebaikan, iAllah...semoga kita mati dalam keadaan berjuang, lama dah xupdate blog nieh, bukan ape sebab selalu update blog friendster so cam xsemat nak g sini plak. berkisar dengan tajuk artikel nieh, mesti bunyik cam kontroversi kan? hmmmm apa pandangan anda semua bila terbaca je tajuk nieh? mesti macam2 berbisik lam hati kan? ha...sebenarnya tajuk nieh adalah untuk muhasabah diri kita selalu...akukah terkorban atau dia? sebenarnya manusia nieh nak cerita sikit la, sebab saya pun manusia dan anda pun manusia dan kita serupa tiada beza... Insan nie dia cepat berpuas hati dan mudah bersangka hati...semua berkisar dengan hati sebenarnya, tapi topik hati saya dah sentuh dah, kadang2 kita berpikir bahawa kita dah lakukan banyak perkara, sampai kita rasa penat dah...banyak sangat la kononnya...tapi dalam xsedar sebenarnya kita maseh dalam dunia kita sendiri, kita xmasuk ke dalam dunia org lain....malah xsedar pun yang orang lain pun berkorban...dalam masa yang sama. Janganla kita berfikiran yang aku dah buat banyak benda untuk si dia ni, sampai terdetik dalam hati kita, perangai dan sangkaan buruk sahabat kita atau keluarga kita sendiri. Ini adalah penyakit yang selalu melanda ukhuwah kita, ukhuwah yang kita idamkan untuk kekal selama dunia mahu lagi akhirat, bukan begitu? pasti setuju dengan apa yang saya cuba ketengahkan disini, kerana setiap kita pasti pernah merasakan pengalaman yang sama berkenaan dengan hubungan dengan kawan2.. Bilamana kita rapat je dengan someone nieh mula la kita cepat terasa dengan apa yang dia katakan, apa yang dia lakukan pada kita, kerana bila kita mula menghargai seseorang kita mahukan dia sentiasa dalam pandangan kita. Jadinya sentiasa mudah la kita nak berprasangka dan terasa dengan org yg kita hargai dan sayangi tu. Saya sangat mengidamkan ukhuwah yang pernah saya bina selama nieh akan sekukuh piramid yang dibina beratus2 tahun dahulu namun maseh gah pada abad ini... Pasal berkorban, saya nak share la satu kisah nieh, si Fulan ni dia sangat la miskin harta namun dia ditakdirkan kaya jiwanya.... kawan si Fulan pulak sangat la kaya dan kaya jugak jiwanya alhamdulillah nikmat Allah kasik melimpah ruah pada hambaNya kan? Mereka ni duduk serumah dan belajar di fakulti yang sama. so si miskin ni dah biasa la dengan kehidupan sederhana dan sempoi nyer, yang kaya ni plak pun dah biasa dengan kehidupan selesanya. si miskin nieh masalahnya selalu je xsponsor apa2 untuk rumah, kalau bab barang rumah je selalunya si kaya tuh la yang keluar duitnya, si miskin ni plak selalu jek xkasik duit....so si kaya nie heranla apesal la sahabat aku sorang nieh xpernah nak kasik duit rumah, sedangkan belajar sama, duit scholar pun banyak kan....lepas tu dahla xkasik duit rumah, dia guna duit tuh untuk apa? terdetik dalam hati si kaya tuh macam tu.... tp dia senyapkan jer, sebab takut si miskin berkecil hati dengan dia...namun hari demi hari rupanya si syaotan dah merencana nak merosakkan ukhuwah mereka nie..... si syaitan ni memburkkan lagi pandangan si kaya tuh pada si miskin ni...so cam hari demi hari cara si kaya ni treat si miskin ni makin lain, makin hambar hubungan mereka nieh.... berpindah pulak pada si miskin nieh, ditakdirkan si miskin ni.....pada suatu hari nieh, tiba2 je dimasukkan ke dalam hospital, si kaya ni hairanla kenape la plak slama ni nak g klinik pun xpernah tiba2 main masuk hospital plak, tp si kaya yang berpenyakit hati ni pun rasa berat nak jenguk sebab de rase nanti xpasal2 dia yang susah plak, tp alhamdulillah ada lagi butir2 permata ukhuwah dalam diri dia digagahkan jugak diri pergi ke hospital melawat sahabat nye si miskin ni, sesampai je dia di wad doktor telah mengesahkan yang sahabat dia ni dah mati. Alangkah terkejutnya si kaya ni sebab dia rasa dia orang yang rugi, kehilangan sahabatnya yang sebenarnye amat bermakna buat dia sebab byk bantu dia dalam hal study...n sebenarnye memang dia sayangkan sahabatnye si miskin ni. disahkan doktor yang sahabtnya ni menghidap penyakit leukimia, yang sememangnya tahap kritikal, tp sebab sahabatnya xmampu nak teruskan bayaran rawatan so penyakitnya makin hari makin menular dan parah. si kaya tadi terduduk, lantas mengalirkan air mata, kenapa susah senang sahabat dia xtahu, dia xpernah bertanya sekalipun, sampai bersangka hati pulak apada sahabat dia ni....xsempat nak memohon maaf pada sahabatnya si miskin tuh sebab dia sedar yang dosa2 kepada Allah nescaya Allah akan ampunkan namun dosa2 ghibah bersangka buruk semuanya akan kekal if xdipohon ampun dari orang yang diburukkan tersebut. Demi masa manusia tuh dalam kerugian, kerugian yang sebenar2nya....kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk perkara kebenaran dan kesabaran. [al-Asr:1-3]
Saya nak share benda ni sebab masalah ukhuwah ni adalah masalah yang xkan pernah selesai dan xkan berhenti jugak musuh kita si durjana syaitan menghasut dan merosakkan jalinan suci persahabatan tuh. baekla sampai disini saja yang dapat saya kongsi, semoga kita mendapat manaat dari post ni. Allah tunjukkan kami jalan kebenaran, amiiin. Wallahualam.