CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 29, 2007

~~GERHANA~~


Assalamualaikum w.b.


Wawa, kak Fadhi buat coretan sikit ye malam ni...


Mmmm...12:28pm bulan penuh kembali semula...


Macam biasa...balik sahaja ke bilik pasti kubuka mana-mana blog yang 'terpilih' nak cari bahan menarik untuk dibaca. Terus 'click' Suhaib Webb (former christian William Suhaib), terbaca artikel Muslims in The West Reviving The Sunnah- reminding people to pray the eclipse solah. Tak rasa apa pun sebab ingatkan tak melibatkan New Zealand (tunjukkan betapa ceteknya pengetahuan dan tak peka dengan isu semasa...isy perlu diubah ni!)


Tiba- tiba dapat 'message' dari kak Hawa:
Pada zaman Nabi s.a.w apabila anak baginda meninggal, ada pihak yang mengaitkannya dengan gerhana yang berlaku pada waktu tersebut.

Baginda pun bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana disebabkan kematian seseorang, sebaliknya keduanya adalah tanda-tanda kebesaran Allah. Apabila kamu melihat keduanya (gerhana) maka bangun dan bersolatlah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

'Check' pula status YM list...aik...semua cakap pasal gerhana? Huh...la kat sini pun nampak ke...gerutu ku dalam hati. Terus selak langsir sampai tergeliat leher pusing-pusingkan kepala nak cari bulan. Tak nampak...awan hitam!Sedih....sedih sangat masa tu sebab sangkaku dah ter'miss'.

Tok tok tok ketuk pintu bilik Teh ku ketuk. "Teh ko nampak gerhana?" "...Emm tak. Aku pun cari." Hampa. Dari bilik Teh pun tak nampak. Ruginya... panjangkah umurku nak saksikan gerhana akan datang? Laju air mata membasahi pipi bila tiba- tiba terlintas soal umur panjang ke tidak. Lebih- lebih lagi terasa hati ni seolah- olah gerhana dan sepi.


Sambung semula buat assignment...Tengah fikirkan jawapan soalan maths ni kudongakkan kepala keletihan. Subhanallah...bulan! Nampak bulan masih gerhana lagi.=D Lama kuperhati hingga 3/4 bulan hampir terang. Alhamdulillah dapat ku nikmati keindahan ini. Mengalir lagi air mata yang masin ini...

"Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Petikan dari New Zealand Herald:

The last time a total lunar eclipse was visible over New Zealand was in July 2000, and the next occurrence observable from New Zealand is on December 21, 2010.

Lama...3 tahun lagi Alhamdulillah sempat...yelah ajal maut ditangan Allah. Entah- entah esok dah tutup mata selamanya(ish kadang-kadang ini yang buat terasa serba salah tak nak balik Malaysia tahun ni...tak apa lain kali cakap pasal ini)

...lantas mengingatkan ku pada konsep Ilah disampaikan Kak Sumayyah. Shahadatul Haq.

1.Iman kepadaNya.
2.Tanggungjawab...ringan di bibir, berat di Mizan.
*Bila mengucap, kita jadi saksi dan ada tanggungjawab!

Perlu disampaikan...kenapa? Bagaimana? Kesannya? Semua dibincangkan...Semoga menjadipanduan dan semoga kita semua diberikan kekuatan dan dipanjangkan usia supaya dapat tambahkan amal untuk bekalan mengadapNya.


Banyakku dapat hari ini. Semoga hati ku tidak gerhana lagi...sering rasa kehilangan walaupun tak pasti apa yang aku hilang. Ingat Allah pasti hati akan tenang... Terima taubat hamba Mu Ya Rabb.

1 comments:

Anonymous said...

mashaAllah....
menarik saya dengar cerita kamu wahai fadhilah...