CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 31, 2007

~~Dakwah, 'Study' & Jongkang Jongket~~


Assalamualaikum w.b. Baru sebentar tadi Fadhi terima 4 email dan ini salah satu daripadanya...dipos dari Kak Long saya (Kak Syuhadah);


Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah

Lia, ummah semakin koyak

Lia, jomlah kita bangkit mengubah
segalany


Aku tidak mahu Aku kena study Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program

Aku menyesal megikuti semua itu Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita
rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya

Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah

Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal
dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain
terhadap Islam


Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongket


Jongkang jongket? Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongket

Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?
Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional


Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya

Aku tidak faham


Tak pe, aku terangkan

Macam gini, bila dah berdakwah tu

Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria
misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah
ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa
kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle,
terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja

Sebab apa? Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu
Aku tak pernah rasa semua itu


Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu

Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak
berlaku tarik tali dengan Allah


Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,

Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment
banyak lagi Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah
Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,
tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan
dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada
dengan Allah


Lia dah faham Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak
masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak
mengerjakan kerja tersebut


Lia, sahabatku, Seorang ibu pernah mengatakan

Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap
perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan
jiranku, aku ingin mereka merasakan
kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian
rumahtanggaku, aku ingin mereka
merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk
dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi
manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan
keluarga dan sahabat, segalanya adalah
dakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah;

Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam
Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia

Moga kedua-dua kisah ini dapat kita
renungkan bersama Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.

Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna.
Dakwahnya menyinari hati umat manusia
di saat itu.
Dia berdakwah sehingga ke
kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi.
Semua manusia
mengenalinya.
Tanyakan sahaja di
jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .

Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha.
Itu Sunnatullah.
Tapi Lia,
kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.
Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita
juga kena berusaha.
Itu juga adalah
Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam
buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

<
ArRahimNya, memberi ketenangan dan kepuasan kepada hambaNya yang beriman apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan/ perkara Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya. Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi.

Di dalam
mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama-sama ulama yang terkenal.Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil. Salah seorang ulama itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, Di mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah? Saya menjawab, Ini dia! Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya. Buka ke muka surat sekian-sekian . Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga. Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya. Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.>>

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah
bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang
terbaik.
Dia ingin mempertahankan prestasi
terbaik untuk Allah, agama Allah.
Di
sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat.
Dia hanya ingin memberikan yang
terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang.
Dia pernah bertanya kepada
Allah;

Ya Allah, kenapa engkau
mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya. Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab
"Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Akunyakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun."
Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan.
Tulisannya benar-benar terkesan di
hati saya.
Dia bercerita tentang
seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil.
Kisah ini kisah benar.
Saya namakan
wanita ini A.
A memerlukan tongkat
untuk berjalan.
A tidak berapa cantik,
tidak slim dan tidak tinggi.
Satu
sahaja keinginan A.
A ingin sesiapa
sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.
Keinginan A tercapai.
Bila A belajar
di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah.
Bila A berjaya masuk ke
universiti,
sekali lagi orang ramai
mengucapkan Subhanallah.
Bila A
menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah.
Dan
sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.
Orang ramai tertanya-tanya, apa yang
mampu A berikan kepada suaminya.
Takdir Allah menentukan yang
sebaiknya.
Allah mengurniakan A dan
suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna.
Sekali lagi orang ramai
mengucapkan Subhanallah.
Dengan kecacatanya, A masih mampu
membuat manusia mengingati Allah.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa
paras bukan persoalan utama.

Ingat
lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum.
Dia sahabat nabi yang buta.

Dia mahu membawa panji bendera Islam.

Katanya, buta menyebabkan dia tidak
takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh.
Akhirnya dia
syahid.
Mereka yang menemui mayatnya
tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya.
Subhanallah.


Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh
Ahmad Yassin.
Dia cacat.
Duduk di atas
kerusi roda.
Tapi apa yang telah dia
lakukan?
HAMAS berdiri dengan izzah.

Musuh menggeruninya.


Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan.

Finally, whatever I do, I always
remind myself that I am doing it for the sake of God. As stated in the Quran,
"Say: Truely, my prayer, my
service of sacrifice, my life, and my
death are (all) for God, the Cherisher
of the Worlds" (6:162).
May Allah S.W.T. accept my humble efforts.Amiin. ALLAHUMMA a'iz al Islam wa al Muslimin!

2 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum ape kabar org NZ?Semoga ALLAH merahmati kamu.Sis Fhadi msia.

Anonymous said...

Waalaikumussalam kak fhadi

org2 di NZ Alhamdulillah sihat gembira=D

Fadhi NZ