Friday, August 31, 2007
Sayangnya Allah pada kita
Posted by selasih_putih at 7:05 PM 0 comments
~~Dakwah, 'Study' & Jongkang Jongket~~
Assalamualaikum w.b. Baru sebentar tadi Fadhi terima 4 email dan ini salah satu daripadanya...dipos dari Kak Long saya (Kak Syuhadah);
Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalany
Aku tidak mahu Aku kena study Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam
Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongket
Jongkang jongket? Apa kau merepek ni?
Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongket
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya
Habis tu? Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional
Apa maksud kau?
Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya
Aku tidak faham
Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa? Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa? Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu
Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?
Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah
Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?
Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah
Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah
Lia dah faham Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut
Lia, sahabatku, Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiapMoga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan
jiranku, aku ingin mereka merasakan
kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian
rumahtanggaku, aku ingin mereka
merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk
dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi
manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan
keluarga dan sahabat, segalanya adalah
dakwah
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah;
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.
Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna.
Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu.
Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi.
Semua manusia mengenalinya.
Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .
Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha.
Itu Sunnatullah.
Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.
Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha.
Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.
Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:
<
Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama-sama ulama yang terkenal.Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil. Salah seorang ulama itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, Di mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah? Saya menjawab, Ini dia! Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya. Buka ke muka surat sekian-sekian . Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga. Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya. Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.>>
Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.
Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah.
Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat.
Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang.
Dia pernah bertanya kepada Allah;
Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya. Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab
"Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Akunyakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun."Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan.
Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya.
Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil.
Kisah ini kisah benar.
Saya namakan wanita ini A.
A memerlukan tongkat untuk berjalan.
A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi.
Satu sahaja keinginan A.
A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.
Keinginan A tercapai.
Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah.
Bila A berjaya masuk ke universiti,
sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.
Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah.
Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.
Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya.
Takdir Allah menentukan yang sebaiknya.
Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna.
Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.
Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama.
Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum.
Dia sahabat nabi yang buta.
Dia mahu membawa panji bendera Islam.
Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh.
Akhirnya dia syahid.
Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya.
Subhanallah.
Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin.
Dia cacat.
Duduk di atas kerusi roda.
Tapi apa yang telah dia lakukan?
HAMAS berdiri dengan izzah.
Musuh menggeruninya.
Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan.
Finally, whatever I do, I always remind myself that I am doing it for the sake of God. As stated in the Quran,
"Say: Truely, my prayer, myMay Allah S.W.T. accept my humble efforts.Amiin. ALLAHUMMA a'iz al Islam wa al Muslimin!
service of sacrifice, my life, and my
death are (all) for God, the Cherisher
of the Worlds" (6:162).
Posted by selasih_putih at 2:55 PM 2 comments
Wednesday, August 29, 2007
~~GERHANA~~
Assalamualaikum w.b.
Wawa, kak Fadhi buat coretan sikit ye malam ni...
Mmmm...12:28pm bulan penuh kembali semula...
Tiba- tiba dapat 'message' dari kak Hawa:
Pada zaman Nabi s.a.w apabila anak baginda meninggal, ada pihak yang mengaitkannya dengan gerhana yang berlaku pada waktu tersebut.'Check' pula status YM list...aik...semua cakap pasal gerhana? Huh...la kat sini pun nampak ke...gerutu ku dalam hati. Terus selak langsir sampai tergeliat leher pusing-pusingkan kepala nak cari bulan. Tak nampak...awan hitam!Sedih....sedih sangat masa tu sebab sangkaku dah ter'miss'.
Baginda pun bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana disebabkan kematian seseorang, sebaliknya keduanya adalah tanda-tanda kebesaran Allah. Apabila kamu melihat keduanya (gerhana) maka bangun dan bersolatlah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tok tok tok ketuk pintu bilik Teh ku ketuk. "Teh ko nampak gerhana?" "...Emm tak. Aku pun cari." Hampa. Dari bilik Teh pun tak nampak. Ruginya... panjangkah umurku nak saksikan gerhana akan datang? Laju air mata membasahi pipi bila tiba- tiba terlintas soal umur panjang ke tidak. Lebih- lebih lagi terasa hati ni seolah- olah gerhana dan sepi.
"Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
Petikan dari New Zealand Herald:
The last time a total lunar eclipse was visible over New Zealand was in July 2000, and the next occurrence observable from New Zealand is on December 21, 2010.Lama...3 tahun lagi Alhamdulillah sempat...yelah ajal maut ditangan Allah. Entah- entah esok dah tutup mata selamanya(ish kadang-kadang ini yang buat terasa serba salah tak nak balik Malaysia tahun ni...tak apa lain kali cakap pasal ini)
...lantas mengingatkan ku pada konsep Ilah disampaikan Kak Sumayyah. Shahadatul Haq.
1.Iman kepadaNya.
2.Tanggungjawab...ringan di bibir, berat di Mizan.
*Bila mengucap, kita jadi saksi dan ada tanggungjawab!
Perlu disampaikan...kenapa? Bagaimana? Kesannya? Semua dibincangkan...Semoga menjadipanduan dan semoga kita semua diberikan kekuatan dan dipanjangkan usia supaya dapat tambahkan amal untuk bekalan mengadapNya.
Banyakku dapat hari ini. Semoga hati ku tidak gerhana lagi...sering rasa kehilangan walaupun tak pasti apa yang aku hilang. Ingat Allah pasti hati akan tenang... Terima taubat hamba Mu Ya Rabb.
Posted by selasih_putih at 2:48 AM 1 comments
Labels: gerhana
Wednesday, August 22, 2007
~~~Scars of Luv~~~
In a hurry to dive into the cool water, he ran out the back door, leaving behind shoes, socks, and shirt as he went. He flew into the water, not realizing that as he swam toward the middle of the lake, an alligator was swimming toward the shore.
His mother, in the house, was looking out the window and saw the two as they got closer and closer together. In utter fear, she ran toward the water, yelling to her son as loudly as she could. Hearing her voice, the little boy became alarmed and made a U-turn to swim to his mother.
It was too late. Just as he reached her, the alligator reached him. From the dock, the mother grabbed her little boy by the arms just as the alligator snatched his legs. That began an incredible tug-of-war between the two.
The alligator was much stronger than the mother, but the mother was much too passionate to let go.
A farmer happened to drive by, heard her screams, raced from his truck, took aim and shot the alligator. Remarkably, after weeks and weeks in the hospital, the little boy survived.
His legs were extremely scarred by the vicious attack of the animal. And, on his arms, were deep scratches where his mother’s fingernails dug into his flesh in her effort to hang on to the son she loved.
The newspaper reporter who interviewed the boy after the trauma, asked if he would show him his scars. The boy lifted his pant legs; and then, with obvious pride, he said to the reporter, “But look at my arms. I have great scars on my arms, too. I have them because my mom wouldn’t let go.”
You and I can identify with that little boy. We have scars, too.
No, not from an alligator, or anything quite so dramatic. But, the scars of a painful past. Some of those scars are unsightly and have caused us deep regret. But, some wounds, my friend, are because God has refused to let go.
In the midst of your struggle, He’s been there holding on to you.
This teaches us that God loves us. But sometimes we foolishly wade into dangerous situations. The swimming hole of life is filled with peril -and we forget that the enemy is waiting to attack. That’s when the tug-o-war begins - and if you have the scars of His love on your arms, be very, very grateful. He did not - and will not - let you go."
Posted by selasih_putih at 11:15 AM 1 comments
Sunday, August 19, 2007
~~~~SAND AND STONE~~~~
A story tells that two friends were walking through the desert. During some point of the journey they had an argument, and one friend slapped the other one in the face. The one who got slapped was hurt, but without saying anything, wrote in the sand:“TODAY MY BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE.”
They kept on walking until they found an oasis, where they decided to take a bath. The one who had been slapped got stuck in the mire and started drowning, but the friend saved him. After he recovered from the near drowning, he wrote on a stone:“TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE.”
The friend who had slapped and saved his best friend asked him, “After I hurt you, you wrote in the sand and now, you write on a stone,why?” The other friend replied: “When someone hurts us we should write it down in sand where winds of forgiveness can erase it away. But, when someone does something good for us, we must engrave it in stone where no wind can ever erase it.”
LEARN TO WRITE YOUR HURTS IN THE SAND AND TO CARVE YOUR BENEFITS IN STONE.
Posted by selasih_putih at 8:10 AM 6 comments
Sunday, August 12, 2007
~~~CINTAKU PADAMU...~~~
Tanda2 cinta pd Allah:
1)cinta pada kematian
2)bermunajat kpd Allah
3)sentiasa berzikir kpd Allah
4)berjuang dijln Allah
5)melakukan ketaatan dirasakan nikmat
6)tidak berduka dngn kehilangan sesuatu
7)menundukkan nafsu
8)menjalin kasih sayang
9)takut berpaling drpd Allah….
Adakah kita mempunyai tanda2 ini?hitung lh diri sendiri…wassalam
Kesatlah air matamu dari terus berlinangan akibat kesakitan diuji dengan hal duniawi , tetapi biarlah ia terus mengalir rindukan Sang Pencipta Yang Agung. wallahualam
Posted by selasih_putih at 9:50 PM 2 comments
Thursday, August 9, 2007
BUAT HATI YANG BERDUKA...
Hati yang berduka ni rentetan dr hati yang xsehat, knape ek xsehat?sebab xcukup nutrient, macam kita la human being, makan xcukup jadikla aneroksia nervosa, makan xpantang... jadikla ketulan bijik2 kat muka,...hehe,mintak maap..ni nasehat pd yg berkenaan so makan berpantang la gak....Hati xtenang? So hati dalam keadaan inordered state, sebab tuh la rase xkeruan semacam jek... so first thing first..
- Amalkan tasbih tahmid dan takbir...ni kene highlight nieh..Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada puteri baginda Siti Fatimah
- Then berdoalah kamu...mohonlah kepadaNya.Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin.
- Sibukkan diri dengan sesuatu-Laukan aktiviti yang boleh wat kan kita lupekan kekusutan lam kepala hotak(ciplak kak ana) n gundah lam ati. Nemu utai nuan?
- Adakan sesi luah meluah-ni pun ok gak sebab we need others in order to survive.Kite lahir kat dunia bukan leh bertatih sengsorang, kne ade org pimpinkan...sebab tu la kite kene idup lam komuniti. Even mati sekalipun xdek org g gali kubur sendiri. Luah wawa jangan xluah.
- Buat blog pun antara method yang seswai tok meluah..haha.
- Senyum- if korang berada lam keadaan depressed..senyumlah...something yg negative kene neutralkan ngan positive. Nescaya akan rase tenang ckit pastu..lantak la sape nak kutuk cakap kite senyum sengsorang, huhu..if xmoh gakk..ape kate korang g tengok gamba bayi2 yang comel..pasti berkesan!!!cool wawa cool!!
- Baca al-Quran- Ni semestinya sebab makanan utama hati adalah penghayatan time bacaan al-Quran, hati xtenang salu dikaitkan dengan xbaca al-Quran.
Posted by selasih_putih at 9:34 PM 1 comments
Wednesday, August 8, 2007
Pandangan ibu pada sang anak
Posted by selasih_putih at 5:58 PM 9 comments