CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 14, 2008

sang murabbi

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah Tuhan Sekelian alam apa yang ada diantara langit dan bumi...atas segala nikmat dan hikmat yang terus menerus dikurniakan. Disini ingin sekali aku berbicara dengan hati2 yang mahukan kemuliaan akhirat, bukan sekadar membaca dengan mata kepala tapi juga mata hati. Ada apa dengan sang murabbi?? Filem ini berkisar dengan coretan kisah hidup seorang murabbi/pendidik dalam membangunkan jiwa-jiwa yang lesu, menyedarkan mata2 yang terlena...Ustaz Rahmat Abdullah-penulis buku 'Kader Dakwah'. Apa yang menariknya pada cerita ni? Tulus saya katakan terlalu banyak input yang saya dapat daripada filem pendek tersebut. Dalam coretan kali ini, ingin saya quotekan beberapa ayat-ayat yang benar2 meresap ke dalam hati-hati yang rindukan perubahan, rindukan cahaya islam.

Kewajipan kita adalah untuk menyiram tanah tandus menyemai benih-benih agar pohon-pohon kejayaan islam tumbuh subur.

Ada dua perkara yang perlu diingat

  • kebaikan orang lain pada kita
  • keburukan kita kepada orang lain

Ada dua perkara yang perlu dilupakan

  • keburukan orang lain kepada kita
  • kebaikan kita pada orang lain

Mata-mata banyak memandang kepada kita, sebagaimana dirasakan jauhpun kita dari Allah, nescaya hati-hati kita tidak menutup diri dari mendengar dan memahami perasaan orang lain. Terimalah kebenaran dari mana sahaja ia datang.

Kemiskinan azam dan tekad akan bawa kebantutan harta boleh membawa keazaman mengejar harta dan cita-cita.

Buku adalah gudang ilmu, semakin banyak dibaca semakin banyak yang kita dapat.

Sebatang lidi jika bersendirian tak mampu berbuat apa-apa, tapi jika satu ikatan kotoran yang mana yang tak mampu disapu??

Apa ertinya usia panjang tapi tiada isinya. Adakah ingatan setakat mana dipahat di batu nisan dengan 3 baris kata

  • Nama si polan bin si polan
  • tarikh lahir
  • tarikh meninggal

Kenapa nak dakwah? Ibarat seperti sebuah sawah yang perlu dicari benih-benih berkualiti yang baik. Lepas tuh tanah-tanah tempat menyemai benih-benih tersebut juga dipilih agar dapat memberi cukup zat buat tumbesaran pokok. selepas itu, bila sawah mula berhasil, datang belut yang tak diundang.

Didunia ini ramai orang berilmu yang karya dan pencapaiannya sangat membanggakan seisi dunia. Namun kehilangan potensi diri dalam memahami dengan mata hati. Mereka sibuk kejar dunia untuk kepentingan diri.

Letak diri tinggi seperti tinggi nya bintang di langit menyinar dan berguna buat sang pengembara, jangan jadi seperti asap, mengangkat dirinya tinggi dilangit(tampak tinggi tapi tetap rendah martabatnya) tapi rendah hina tak berharga.

2 comments:

muzaha said...

nak tengok gak sang murabbi ...kat mana beli cd ?

selasih_putih said...
This comment has been removed by the author.