CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 3, 2008

Muhasabah Ramadhan

Ramadhan sudah pun berlalu...tapi tag2 yang ditinggalkan xmungkin ku buang jauh...bermakna sekali ramadhan kali ini buat diriku..amat menggamit hati serta jiwaku...Tahukah engkau ramadhan yg berlalu ini kutaruhkan pelbagai harapan...Paling besar harapan aku adalah mahu mendidik jiwa yang pemaaf---bukan mudah menjadi seorang pemaaf...amat mudah untuk jadi pendendam...tapi bukan itu soalnya...aku mahu jadikan Rasulullah role modelku..walau amat jauh serta sukar yang xkan mungkin rasanya tercapai...tapi aku tetap mahu berusaha..Itu baru namanya Mujahadah perit berat payah sekali mahu kutegakkan akhlak itu dalam diriku....

Dan kini ramadhan telah pergi...berlalu meninggalkan aku...beberapa peristiwa berlaku pada diriku...yang amat kuingat setiap bait2 serta suasana ketika berlangsungnya babak tersebut.... Aku begitu seronok berterawikh di Mt St mosque..walau sempit walau sejuk terus kugapai peluang beribadah bersama rakan2 yang lain disana...Teringat aku satu sajak yang amat aku sukai----izinkan aku mencintai walau hanya dengan beberapa lembaran KitabMu sahaja kupelajari---bila kudengar saja imam membaca ayat2Mu...terus laju air mata mengalir deras....Izinkan Aku mencintaiMu semampuku Ya Allah...

Izinkan aku mencintaiMu semampuku Ya Ilahi,
walau hanya dengan memahami beberapa lembaran dari kitabMu,
Izinkan aku mencintaiMu semampuku Ya Allah,
walau tidak fasih aku berbahasa arab bahasa KitabMu,
Izinkan aku mencintaiMu semampuku Ya Allah,
walau pengorbananku tidaklah sampai seberani para sahabat mempertaruhkan nyawa mereka demiMu,
Izinkan aku mencintaimu semampuku Ya Allah,
walau kadang2 aku terleka serta terlalai mengingatiMu.


Aku masih mencari cintaMu Ya Allah, beri daku sedikit kasihMu...izinkan daku mencintaiMu...kutahu tapi bukan sekadar mahu tahu semata...ingin juga kukejar title KekasihMu, yang bila mana aku bersedih...Engkaulah Yang Pertama mendengar rintihanku, bila saja aku bergembira kepadaMu jua ku sujud mensyukuri nikmaMu, yang bila saja aku meminta Engkau terus medengar dan menunaikan permintaanKu itu...

teringat aku, ada seorang saudara menegurku..ni alquran ukhti ke??? tanyanya...lantas aku menjawab soalan ukhti tersebut...Lalu disedekahkannya senyuman manis buatku seraya berkata..."tanda2 orang beriman"... Hatiku terus berbisik tanpa suara hanya senyuman yang mampu kubalas kepada ukhti tersebut.... Benakku berligar2--Alangkah mudahnya andai hanya dengan melekatkan ayat2 pilihan dengan sticker sudah dinobatkan dengan title BERIMAN....aku mahu menjadi orang beriman..tapai sudah cukupke diriku ini...Orang beriman--> hatinya bergetar mendengarkan ayat2Nya namun aku tak sentiasa begitu... Orang beriman bila ia bersujud terus mengalir deras airmatanya pada Sang Pencipta aku akan kelemahan kehinan diri...namun aku tak sentiasa begitu...Orang beriman juga...bila ia solat ia akan khusyuk namun aku....tak sentiasa begitu...Aku MAHU JADI ORANG BERIMAN..azan dah bergema...aku mahu menunaikan solat maghrib dahulu