Assalamualaikum w.b.t,
Dah agak berkurun jugak aku tak update blog nieh, nak cakap bz memang bz tp agak kesal jugak sebab bukannya bz dengan ibadah kepadaNya namun aku harap bz2 aku dalam exam week hari tuh dikire gak sebagai amalan baik yang akan ditimbang di akhirat kelak...gerun bila dipikirkan waktuku kian hampir untuk menemuiNya..sudah cukupkah aku bersedia???Namun lagi gerun aku andai aku menjadi dikalangan orang2 yang menyesal bila waktu itu tiba;
"Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (orang kafir) azab yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata,"Alangkah baiknya andai dahulu aku menjadi tanah."[79:40]
Dunia umpama air laut makin diteguk makin dahaga kurasakan...ok2 sebenarnya kali nieh xbanyak yang aku nak share sekadar wasiat buat ukhti....paling2 ditujukan tok diri aku sendiri...
Wahai saudariku
Mataku sentiasa mencarimu dikalangan manusia
Jantungku berdegup setiap kali ku dengar ketukan pintu kerana kerinduanku kepadamu
Kesedihanku bertambah dari hari ke hari menunggu kedatanganmu
Bersegeralah saudariku untuk menemuiku
Agar kegembiraanku bertambah dan kesedihanku reda
Wahai saudariku yang sentiasa ku nanti
Wahai saudariku yang sentiasa kurindu
Jangan lupakan aku setiap kali azan maghrib berkumandang
Sebutilah namaku di dalam doamu
Moga-moga Allah menghimpunkan kita didalam syurgaNya
Sebagaimana Dia menyatukan hati-hati kita didunia
Moga-moga Allah menempatkan kita dibawah naunganNya
Dihari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya
ni kire singkatan la.....sekadar wasiat simple jek, tapi amat bermakna jauh dalam diri aku nieh....
Dahulu aku tak paham ape erti ukhuwah, aku xsedar apa nikmatnya berukhuwah, aku sekadar mengucap "ukhuwah fillah" sewenang-wenangnye...tapi tak rase ape2 pun.... Namun setelah hampir setahun berpijak dibumi Auckland alhamdulilah Allah beri aku peluang tok rase nikmat ukhuwah nieh...aku sedar sekarang berukhuwah bukan untuk dunia tapi untuk akhirat...aku berukhuwah bukan untuk aku bergelak ketawa semata tapi juga untuk ditangisi bersama, bukan juga untuk kuraih kegemilangan dunia yang sementara ini tapi untuk destinasi pasti akhiratku...aku sayang kawan2ku..aku mahu mereka paham apa yang aku rasa..;
"Teman-teman karib pada hari itu salig bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertakwa."[43:67]
Namun apa yang aku mampu lakukan hanya sekadar berdoa dari jauh....sejauh mereka dariku, manisnya ukhuwah ini kuharap sampai akhirat kelak....
0 comments:
Post a Comment