CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 5, 2010

Syifa' Syifa'

Salam 'alaykum dearie syifa', wa masukkan post2 syifak dalam blog wawa, semoga bermanfaat. Jazakillah khair semua.

Sunday, January 3, 2010

Merindui syahid

Bismillahirrahmanirrahim, subhanallah alhamdulillah allahuakbar..Kini sudah lewat tengah malam di Miri.Aku duduk tidur di ruangan bawah demi membendung adikku berjaga malam menonton tv. Hmmm, mataku degil untuk tidur, entah kenapa dari td mahu menulis. Post yang agak menarik bukan?Benar2 menarik...aku sentiasa teringat2 mati itu sungguh dekat padaku. Malaikat maut menjenguk setiap 80 kali sehari demi mengingatkan aku...astaghfirullah, ampunkan dosa2 kami hambaMu Ya Ghafur Ya Rahiim...

Rasulullah s.a.w mendapat gelaran or 'title' syahid ketika umurnya mencecah 63 tahun selepas 23 tahun berkecimpung dalam dunia dakwah. As-Syahid Imam Hassan Al-Banna syahid ketika umurnya xsampai pun 41 tahun selepas berkecimpung lebih kurang 20 tahun dalam dakwah. Waaah hebat bukan? berpuluh2 tahun mereka akhirnya mampu mendapat syahid. Jika direnungkan pada diriku, baru setahun jagung mungkin dibandingkan dengan para mujahid agung yang telah bertemu denganNya. Mereka mengorbankan harta, jiwa, tenaga dan masa demi menegakkan panji islam yang mulia. Tsabatkan aku dalam jalan ini Ya Allah, matikan aku dalam keadaan husnul khatimah, dalam iman yang terbaik.

Mati itu sudah pasti bagi anak adam. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Mati katak?mintak dijauhkan. Mati syahid aku rindu2kan. Bukan mudah untuk diraih, tapi aku perlu berusaha keras sentiasa dalam segala usahaku dalam mencapai keredhaanNya demi memartabatkan Islam di persada alam buana ini.

Aku rindukan syahid Ya Allah, berilah aku peluang Ya Allah, coretkan dalam lauh mahfuzhMu namaku dalam kalangan para syuhada'.

Wallahu'alam.

Saturday, January 2, 2010

muhasabah tahun baru

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah dengan segala nikmat dan kurnia Ilahi, aku mampu menulis lagi. Aku baru sahaja usai membaca sebuah buku yang memang aku minati...Buku Sirah Nabawiyyah tulisan Dr. Mustapha Siba'ie. Walaupun bukunya xselengkap Raheeq Al-Makhtum, terdapat sangat banyak peristiwa dan tragedi yang memberikan pedoman buat aku menongkah hari2 depanku insyaAllah.

Sirah Rasulullah s.a.w merupakan titik tolak aku mula berjinak2 dalam dunia islam, dunia dakwah...ini adalah kerana aku merasakan tempias pengorbanan dan semangat daripada Rasulullah s.a.w. Sangat mengkagumi peribadi dan akhlak baginda s.a.w, dalil dari Al-Quran menguatkan lagi hujahku ini;
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [33:21]
Bukan itu sahaja, membaca sebenarnya akan membuatkan aku lebih mendalami, merasai serta memahami sesuatu perkara(aku jenis baca lg paham compare to dengar), benar kata As-Syahid Ustaz Rahmat Abdullah, "buku itu gedung ilmu, makin banyak dibaca makin banyak kamu tidak tahu."Ini merangsangkan lagi semangatku untuk membaca, sebagai tips2 pembacaan(bagi yg susah nak membaca), biasakan baca newspaper online, lama2 bila baca news sekejap je, saya xprefer dengar berita, prefer baca berita sebab baca kejap je, dengar kene tgu sejam, itupun berita utama je, berita palestin dan gejala masyarakat tak termasuk lagi.
Sebenarnya, tujuan aku menulis blog pada hari ini, antaranya sebab dah terlalu lama xupdate blog, kesian, dah bersarang2 dah siap beranak pinak dah kot labah2 kat dalam nih, hihi. Jadi segan nak bagi alamat blog pada orang lain pulak sebab xupdate. Hihi, baek saya usahakan iA walau sebentar je menulis.
Dikesempatan ini, nak menggunakan peluang tahun baru untuk muhasabah diri ini. Aku dah tiga tahun dah blajar di University of Auckland alhamdulillah. Tahun depan merupakan tahun terakhir buatku disana. Betapa aku sangat menyayangi pengalaman dan kehidupan disana(ada terfikir nak sambung master atau PhD if ada peluang iA). Terlalu mahal untuk aku gadaikan dengan kenangan pahit kerana terlalu manisnya saat2 lalu.
Jom muhasabah, tapi bukan muhasabah University of Auckland, University of Tarbiyyah...belom grad lg...
10 ciri individu muslim, merupakan kayu ukur yang xberskala untuk dilihat sentiasa, setakat mana keyakinan terhadap maratib amal(Tangga Tujuh-TT kata Kak Ain) mampu memacu ke arah ustaziatul alam. Kalau dilihat dari aspek Sirah Rasul s.a.w, Rasulullah antara Rasul yang Allah berikan kemenangan, seperti juga Nabi Sulaiman, Yusuff, tapi xmampu nak celen(bahasa sarawak-lawan) Rasulullah lah. Rasulullah ada suri seorang ayah, suami, sahabat, ketua perang, khalifah kerajaan madinah, dan saudara jugak. Rasul2 lain atau nabi2 lain, ada segelintir mempunyai suri2 ini tapi tak secara total sepertimana yang Rasulullah ada. Rasul adalah sebaik2 role model!Baek. Dari situ As-Syahid imam Hassan al-banna mengkaji Sirah Rasulullah saw dan mampu memerah jus maratib amal ini...Cuma Rasul xsempat ketika mana kerajaan Islam merasai Khalifah kerajaan gabungan islam dan ustaziatul alam. Namun, kira hebatla, 23 tahun mampu menang dan buat satu kerajaan. Tabik sama Rasulullah s.a.w maaa...
Maratib first adalah IM-individu muslim. Nih la stage yang sampai bila2 pun xhabes2...rasanya ada buat post pasal IM nih, so xnak elaborate panjang2.
Sebelum pergi ke stage td, sepatutnya, kesedaran mengenal diri sebagai manusia juga penting serta peranan atas muka bumi(2:30&51:56), tahu dari mana(tanah dan air mani yang hina) dan akan kemana(kampung akhirat)-->semua nih mengenal hakikat Insan atau manusia. Penting nih, kene tahu benda2 nih supaya clear dan lagi zzzooooop(terkesan).
Bila dah tahu matlamat, kekuatan diri, go through Sirah dan jugak Sejarah Kejayaan Islam(ISK), haaaaa baru bes, Syahadatul Haq lagi bersemangat lagi! Sebab dalam buat sesuatu perkara, tidak cukup untuk ikut2an sahaja-perlu tahu kenapa sekiranya mampu melainkan syariat Allah tidak lain x bukan kerana Iman kita pada Sang Pencipta yang Lagi Maha Mengetahui dan Bijaksana.
okla, bawak2 renung2kan, nak berehat sebentar bersama sang buku. Ok, sekiranya ada salah silap atau kekurangan boleh inform pada saya atau komen sahaja ok?Maaf jika ada salah silap kerana menunjukkan saya hamba yang lemah lagi xberdaya tanpaNya.Jazakillah khair. Wassalam.

Monday, July 27, 2009

Demi Matahari



Salam 'alaykum wrt wbt buat semua pembaca, waah sudah begitu lama kukira blog ini tidak diupdate. aku menjenguk seketika kerana aku ingin sekali meluahkan segala isi dihati ini. membuku lama2 kurasa membeku dikala musim dingin ini. entahlah, aku rasakan diriku berkecamuk dengan segala macam benda, dunia menyebabkan hatiku begitu bercelaru-sehingga membahayakan imanku. Ya Allah, aku bersyukur atas kurniaanMu terhadapku. tiada nikmat lain yang aku amat hargai serta ingati melainkan nikmat iman dan islam..

Teringatku suatu masa dahulu, tatkala iman mula mekar dalam hati usai musim panas, ketenangan menjengah xpernah jemu.Aku sangat gembira, sangat bahagia sekali. setenang air laut di tepian jeti Auckland(Viaduct Harbour). Kebingungan yang kurasakan kini, benar2 memeras jiwaku.kerinduan pada bibit itu membungkam jiwaku kini yang gundah gulana.

Lalu aku mengambil keputusan, untuk meluangkan sedikit masa mencari pemujuk hatiku dari Allah!Cuba teka sape dia?Sang Matahari...aku benar2 sukakan sang matahari...aku juga sukakan langit serta awan...tapi minatku lebih lagi kepada sang matahari. Padanla Allah bersumpah didalam Al-Quran, demi Matahari..betapa speselnya matahari....

Aku melangkah untuk menaiki bus(free bus-tgk matahari without any cost, best kan?) ke Viaduct...tempat kegemaranku berbasikal dahulu(pada asalnya aku ingin menaiki basikal kesini-tp empunya basikal xreply). Aku berjalan dan terus berjalan, xterasa penat pulak walaupun agak jauh....kemudian, aku mengorak langkah untuk ke wharf yang boleh tgk sunset!aku pun mula melangkah kesana. Sesampainya aku disana, aku duduk dan membaca Quran. ku jenguk ke bawah---huuuu seram..aku takut laut, teringat kisah Nabi Nuh dan kaumnya yang ingkar, ditelan air yang membanjiri. Jauhkan aku dari azabMu ya Allah. Golongkan aku dikalangan ahli syurgaMu.

Aku duduk dan merenung Matahari-dia makhluk Allah yang Allah tiupkan roh kepadanya. Dia begitu taat kepada Allah dalam menjalankan tugasannya. Semasa aku melihat matahari mulai terbenam, aku tergelak kecil melihat gelagat manusia lain semakin asyik dan ghairah mengambil gambar keindahan sunset-adakah mereka berfikir siapakah pencipta Si Matahari itu?atau sekadar impressed pada kecantikannya, lalu gambar itu diabadikan dalam koleksi2 facebook?Kasihan mereka..semoga Allah memberi hidayah kepada mereka. Allah kan adil, semua manusia, xkira siapa pun...mampu menikmati keindahan Sang Matahari,bukti kasih sayang Allah....berbeza dengan kerakusan dunia memeras harta2 sang papa.

Saat itu, aku mulai tenang..serta rasa terpujuk..Allah masih sayangkan kamu. Teringatku kepada kisah Rasulullah, tika mula hampir rasa putus asa..mahu terjun dr gunung kerana kaum baginda mengatakannya gila serta sudah dilupakan Allah...Allah pujuk baginda;Muhammad(sendirian)....tgklah alam yang terbentang luas nih..adakah kau rasa sendiri?tidak cukup besarkah nikmat petunjuk yang aku berikan kepadamu?(boleh refer surah ad-Dhuhaa).Nikmat petunjuk Allah inilah yang paling bermakna...bukan yang lain...Segala puji hanya bagiMu Ya Allah...begitu jugalah aku rasa terpujuk disini..sekelilingku semuanya akur bertasbih kepada Allah.begitu hebat sekali ciptaanNya sesempurna namaNya yang Maha Sempurna.

Demi waktu pagi.
Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi.
Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula ia
murkakanmu.Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia-Nya) kepadamu
dan engkau tetap berpuas hati.
Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah
memberi perlindungan kepadamu?Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu dalam keadaan tiada
pedoman, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu miskin, lalu Ia memberi
kekayaan kepadamu?
Oleh itu, janganlah engkau hinakan anak yatim.Dan janganlah engkau herdikkan peminta bantuan.Dan hendaklah engkau sebut-sebutkan ni’mat Tuhanmu.[ad-dhuhaa,93]

Indah bukan?tazkirah yang aku dapat ketika berada disini adalah-Hanya Allah sumber kekuatan, bukan manusia atau kebendaan. Allah benar2 mengujiku...tp aku sedar aku diuji.

Adakah kamu mengatakan kamu beriman sebelum kamu benar2 diuji?-ayat diringkaskan [29:2]

Ya Allah, jauhkan aku dr sifat2 kedurhakaan serta kekufuran kaum Yahudi serta nasrani...golongkan aku dalam golongan pembawa risalahMu Ya Allah..Matikanlah aku dalam Jalan ini Ya Allah...kurniakan aku petunjuk kearah Jalan LurusMu Ya Allah.

Tidak juga kulupakan kepada adik2...semoga adik kuat!Akak turut merasakan kegundahan jiwamu tatkala ini...segundah manapun ia..kembalikan kepada Yang Mencinta-Allah.Bukankah Dia pemilik hatimu, begitu juga aku.Carilah jalan yang tersuluh terang jalannya dengan Nur petunjuk Ilahi bukan kepalsuan lampu buatan Syaitan Laknatullah..Jauhkan aku dari Syaitan yang Direjam Ya Allah, amiiin.

Semasa aku berjalan pulang ke stesen bus, aku terpandang sebuah kereta cool-kereta yang aku idamkan dahulu semasa tidak kenal islam-hanya segelintir org2 kaya bertaste tinggi sahaja akan memilikinya...Aku pun berfikir segala perubahan dalam diriku...kini, aku tidak memandang citaku itu lagi. Manusia yang terpedaya dengan dunia pentas hiasan ini hanya akan berlumba2 untuk kelihatan hebat dan dipandang tinggi.Apa guna nampak tinggi didunia andai di akhirat kelak dicampak nun jauh ke bawah yang hina lagi seksa..?Nauzubillahi minazzalik...
Andai tarbiyah Dzatiyah(kekuatan dalaman) ku tiada..pastinya aku sudah tersungkur dalam kehinaan dan kenistaan perbuatan diriku dorongan syaitan laknatullah.

Terima Kasih Ya Allah..aku sangat kepingin pada keindahanMu...seperti indah sang Suria td...sentiasa...maka kabulkanlah Syurga untukmu..

Berusaha Fatimah!cuba lihat Zainab yang diseksa demi menjatuhkan martabat imannya, As-Syahid Al-Banna-dibunuh kerana gelombang tsunami Bah Islam yang dibawanya yang bakal menghancurkan impian dunia mereka...ingat kembali..adakah kamu senang2 mengatakan kamu sudah beriman sedangkan belum diuji?So sentiasa ready ok?

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.[3:200]

Saturday, May 9, 2009

Allah aku rindukanMu

A'uzubillahiminasysyaithanirrajim,
Bismillahirrahmanirrahim. Allah.......bantu aku ya Allah....entahla, aku serasa aku sangat lemah kini....bantu aku Ya Allah. Kuatkan, bersihkan hatiku Ya Allah...ampunkan dosaku Ya Allah.