CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 10, 2011

Such a deep message

Bismillahirrahmanirrahim, aku rasa sedikit malu kepada Allah.... di saat aku duduk membaca al-Quran di masjid td, sang imam membuatkanku sedikit terkilan....

fainna ma'al 'usri yusra...inna ma'al 'usri yusra (sesungguhnya, selepas kesusahan ada kemudahan, selepas kesusahan ade kemudahan)

astaghfirullahal 'azim....nikmat tuhanmu yang mana telah engkau dustai

Wednesday, February 9, 2011

The Road Not Taken





Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah 'ala kulli hal, limpahkanlah rahmatmu ke atas junjungan kami Rasulullah s.a.w...serta sahabat2 baginda.

Lama sudah tidak ku melakar perasaan di teratak yang penuh usang ini..usang dengan segala memori...

Ingatkah lagi dikau, disaat lapar menggigit di musim summer...kita terus meredah Cape Reinga demi mencari syurga dunia....ya syurga Dunia! Indah bukan??? Tapi bukanlah tujuanku menulis entri ini untuk mengimbas memori itu...Tidak, bahkan tidak!

Cuba lihat gambar di atas...di padang yang penuh gersang....panas tanpa air, masih ada secebis kehidupan bertapak di bumi cape reinga ini....Jika kufikir2 kan kembali, kenapa perlu Allah adakan juga pokok2 comel ini? Dengan tiadanya air, dengan panas teriknya, dengan tiadanya penghidupan jauh sekali pengharapan.....masih lagi bersisa...pepohon kerdil bertapak di bumi nan gersang itu....

Kenapa?Kenapa?Buntu.....tapi masih juga..Kenapa???

Bukankah Allah itu Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak...
Kufikir2, itulah perumpaan indah yang Allah berikan buatku...seandainya aku adalah pohon itu;

Aku pohon itu....walau dalam keadaan genting, gersang, lagi asing mana pun aku berada....pengharapanku tetap kepada ALlah yang Memberi Kehidupan. Kerna ku tahu, hanyasanya Dia yang berhak, dan Dialah yang mencampakkan aku dalam keadaan itu agar aku membuatkan mereka mampu berteduh, mungkin juga merasa sedikit tenteram dan gembira dengan kehadiranku disitu...itulah tawakkalku.

Bahkan...seandainya aku adalah bumi pasir itu;

Aku si bumi pasir....janganlah engkau memandang enteng kepadaku walau seolah2 tidak mampu memberi kehidupan tanpa air...Naaah, aku masih mampu memberikan sedikit kegembiraan kepada sang bunga utk terus hidup....
---------------------------------------------------

Aku telah meninggalkan bumi ini (bumi tarbiyah)...dan kini...inilah aku!Lihatlah aku! Aku disini...terus mengharap kepada Allah Sang Pengurnia lagi Pengasihani...dengan penuh harapan, dengan penuh impian..agar terus membuatku teguh...teguh di bumi yang walau hidup tapi gersang... Kini aku faham....Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba...terus menerus aku harus bermujahadah... walau penat walau lelah walau kurasakan hampir lumpuh...Hasbunallah wan'mal wakeel... Di Jalan ini-

Tuesday, October 12, 2010

Demi masa



Bismillahirrahmanirrahim,

Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar... 'ala kulli hal. Ya Allah terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan pada hambaMu yang kerdil ini. Kukira, dengan dosa yang bertimbun2 ini, xlayak untuk mendapat nikmat yang telah Engkau berikan ini. Engkau Maha Tahu. astaghfirullahal 'azim. Dosa?????Dosa itu adalah yang membuat hatimu bergetar.....Bagaimana sekiranya tidak bergetar hati ketika buat dosa?Sensor(neraca iman) hati dah rosak ataupun xsensitif. Buat semua pembaca, jahiliah itu bukan untuk dibanggakan, sebaliknya biarlah ia menjadi pagar dr neraka. jahiliah itu lah yang mengajar kita erti manisnya nikmat iman dan islam itu. Kisah Nabi Musa banyak dicoretkan di dalam Al-Quran sebagai pedoman kepada diri ini. Bukan untuk dikutuk--Tulah Nabi Musa, kenapa buat macam tuh; Nabi Musa ada banyak jahiliah yang kukira amat dekat sekali pada diri ini-membunuh, xkenang budi pada Firaun, marah/emo kepada Nabi Harun. Yang lain xtahu. Owh tiba2 cerita pasal Nabi Musa pulak. iAllah boleh ambil pedoman. Sebenarnya nak share sikit pasal masa. Tup tap kini aku dah final year. Teringat dulu satu ketika semasa first year, aku tak pernah bermimpi untuk ambil course engineering pun, dan sangat berat untuk terima kenyataan aku dah enrol utk ENGINEERING! alhamdulillah telah di nasihatkan oleh seorang ukhti-Kak Suya- untuk bersyukur, sesungguhnya suratan itu adalah yang terbaik buatku iAllah. Sebab yang aku pohon pada Allah berikan aku yang terbaik iAllah. 2:216-Mungkin apa yang aku pikir baik(plan) xsemestinya realitinya baik utk diriku. Owh skarang, aku dah FINAL YEAR!!!!!tunggu beberapa minggu sahaja lagi untuk habis study. Sekejapnya masa berlalu. 4 tahun aku xrasa apa2 pun. terlalu pantas masa berlalu. 7 tahun jugak aku xjumpa ayahku....Subhanallah. No wonder, Allah cakap dunia ini hanyalah persinggahan/perhiasan semata-imply untuk sesuatu yang xperlu kita fokuskan. If 4/7 tahun pun xrasa apa2---meaning hidup 60/70 tahun rasa mungkin jugak sangat sekejap....Sebab tuh kene strive untuk akhirat, yang Alah janjikan as your eternal life.
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.....seandainya xberdakwah!-al-asr


Monday, July 26, 2010

Dunia itu pasti akan memenatkanmu

Bismillahirrahmanirrahim,
Sama seperti tajuk yang aku nukilkan, dunia itu pasti akan memenatkanmu-kerana aku rasakan sangat penat ketika ini. Itulah yang kurasa saat ini. Tapi kenapa manusia mengejar dunia, aku naik hairan bila dipikir2kan jawapan?....

wassalam

Saturday, July 24, 2010

Mereka pun sedar akan hakikat itu

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullah buat pembaca semua,

Saya ingin sekali berkongsi rasa hati semasa kelas Design minggu ini. Lihat gambar ini;Ini adalah coretan yang aku buat dalam kelas bagi menimbangtara "Value of Consequence"
Makna consequence adalah kesan. Kepesatan teknologi dinihari telah men'drive" dunia kita ke arah materialisation. Segalanya diukur dengan wang.
Berdasarkan gambar yang saya muat turun di atas, bencana2 dunia diberikan rough cost kerugian.

Sekiranya seseorang percaya bahawa bencana atau kematian boleh diukur dengan wang-dia akan percaya bahawa bencana "global financial analysis" adalah yang paling dahsyat impactnya berbanding bencana2 lain.
Sekiranya seseorang itu "naturist/ecologist"-pasti dia akan meletakkan bencana Krakatoa adalah di ranking pertama(Krakatoa adalah sebiah gunung berapi yang pernah meletus pada 1883) kerana kemusnahan yang dicatatkan adalah seluas 20 cubic km of particles terbebas into atmosphere.
Seandainya dia adalah seorang aktivist kemanusiaan-pastinya dia akan meletakkan "global Financial Crisis" sebagai ranking pertama kerana berjuta2 orang dianggarkan menganggur dan tiada punca rezeki.

Punca masalah yang dibincangkan dalam kelas adalah seperti berikut:

  • BP-BP oil spill
  • Economist-Global Financial Crisis
  • Terrorist-9/11 tragedy
  • Mother Nature-Katrina
  • Government-Chernobyl
  • Union Carbide-Bhopal
  • Mother Nature-Worldwide pandemic 1980's-1990's
  • Mother nature-Krakatoa
Sekiranya anda sedar, kebanyakan bencana2 'alam tersebut adalah dari "mother nature". Apa itu mother nature?
Mother Nature (sometimes known as Mother Earth) is a common personification of nature that focuses on the life-giving and nurturing features of nature by embodying it in the form of the mother. Images of women representing mother earth, and mother nature, are timeless. In prehistoric times, goddesses were worshipped for their association with fertility, fecundity, and agricultural bounty. Priestesses held dominion over aspects of Incan, Algonquin, Assyrian, Babylonian, Slavonic, Roman, Greek, Indian, and Iroquoian religions in the millennia prior to the inception of patriarchal religions.

menurut Wiki-mother nature dikaitkan dengan bumi. nature yang buat, nature yang mempunyai kekuasaan etc. Kebanyakan bencana yang terjadi adalah kerana "mother nature". tidakkah mereka sedar bahawa mother nature yang dimaksudkan adalah Allah? Mother of kita sendiri tak mampu utk membuat ketetapan terhadap diri kita apatah lg yg mereka percayai. Kerosakan dan bencana yang Allah turunkan adlah kerana tangan2 manusia.

Value of consequence adalah subjective-bergantung kepada "siapa dan bagaimana cara dia berfikir" tentang masalah tersebut. Yang menariknya, lecturer saya pun ada menyatakan bahawa dunia kita dikuasai oleh "arts" people bukan "science" people. Macam ISK pulak.

Kesimpulan dari kelas hr itu adalah, bagaimana management sangat dititikberatkan dan kepentingan kita belajar dr sejarah/history. Saya amat kagum dengan lecturer tersebut kerana dia tahu banyak benda dan dia juga ada prinsip dia tersendiri yang mungkin xsama seperti orang lain.

Wallahu'alam.

Tuesday, July 13, 2010

mujahadah itu Allah yang nilai

a'uzubillahiminassyaithanirrajim,
bismillahirrahmanirrahim. Wah mujahadah itu Allah yang nilai, berat tapi berbaloi. xkanlah xsabar dalam nak mendapatkan pahala, sabar baru dapat pahala.

Monday, June 14, 2010

Palestin memanggil kamu pulang kepada Islam

Khutbah: Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam


bush

kredit animasi: Carlos Latuff

khutbahajah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini.

Firman Allah SWT:

17_4

“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” [al-Israa' 17: 4]

Para ahli Tafsir kontemporari menyetujui bahawa kerosakan pertama yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi ini adalah semasa mastautin mereka di bumi Yathrib. Mereka menguasai politik, ekonomi dan sosial di kota tersebut, bongkak dengan impian mereka bahawa Nabi akhir zaman akan diutuskan sekali lagi daripada keturunan mereka, dan seterusnya memanfaatkan kebodohan kaum Aus dan Khazraj lalu melaga-lagakan dua kelompok kaum Arab ini hingga berperang sesama sendiri, mencecah suatu tempoh yang amat panjang.

Kerosakan pertama ini mencapai kemuncaknya, apabila mereka secara rasmi menolak Kenabian Rasul akhir zaman, tatkala tibanya Muhammad bin Abdullah ke kota Yathrib di dalam peristiwa Hijrah. Meleset sekali impian mereka, bahawa Allah telah menetapkan bahawa kaum yang banyak membunuh Nabi dan Rasul ini hilang kebanggaan buta mereka, apabila penutup segala Nabi dan Rasul, diutuskan daripada kaum Arab berketurunan Ismail ‘alayhi al-Salaam, iaitulah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Firman Allah SWT:

17_5

“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku” [al-Israa' 17: 5]

Sidang Jumaat, rahimakumullah…

Misi menghadapi kaum Yahudi yang tidak pernah jemu menyebarkan kerosakan di muka bumi biar pun telah diberi peluang berkali-kali oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, disempurnakan oleh umat Islam dengan pengusiran mereka dari bumi Khaybar pada bulan Muharram tahun ke-7H.

Semenjak itu, kaum Yahudi hidup berpeleseran dan sukar diterima di mana-mana sahaja penempatan di muka bumi, di bawah mana-mana kuasa pemerintah, disebabkan oleh perilaku mereka sendiri yang tidak henti-henti mencetuskan fasad di muka bumi.

Namun, di sepanjang sejarah itu, kuasa pemerintah Islam jugalah, dengan keluasan rahmat dan toleransinya menghulurkan bantuan bersyarat kepada kaum Yahudi, termasuklah semasa mereka berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai di bumi Andalus pada 1492 oleh kuasa Kristian. Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah mempelawa mereka untuk mendapat perlindungan duduk di bawah pemerintah Islam, tetapi Yahudi tetap Yahudi, mereka menjadi duri dalam daging hingga akhirnya berperanan sebagai kelompok terpenting yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah. Yahudi Donme yang hidup talam dua muka, menjadi lubang kebocoran bagi negara Islam terakhir itu, hingga legasi Islam ribuan tahun, tamat secara rasminya pada tahun 1924.

Sidang Jumaat sekalian,

Kejatuhan kerajaan Islam terakhir itulah, titik utama kepada terlepasnya bumi Palestin dari wilayah Islam. Sehingga kini, bumi Palestin itu terus bermandi darah, setiap anak yang dilahirkan, adalah seperti sudah tersurat bahawa mereka bakal menjadi mangsa kekejaman penjajah Zionis yang terus menerus membelakangkan kemanusiaan, menghancurkan apa dan siapa sahaja yang menghalang cita-cita mereka untuk menegakkan negara Zionis dari tebing Furat ke Sungai Nil.

Itulah ’sumbangan’ Yahudi.

Kerosakan demi kerosakan.

Dan Allah SWT telah menetapkan, bahawa kitalah pada hari ini yang berdepan dengan kerosakan besar-besaran pusingan kedua, sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam ayat yang saya bacakan tadi.

Jamaah kaum Muslimin sekalian,

Apakah tindakan kita? Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya?

Sesungguhnya, kita mempunyai 3 bentuk tindakan yang menanti perlaksanaan.

Tindakan pertama, adalah dengan MENGECAM.

Kita boleh dan perlu untuk membuat kecaman. Membantah dan menyuarakan penentangan kita terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin. Sama ada kecaman itu dibuat dalam bentuk demonstrasi, ucapan, khutbah dan penulisan, kecaman mesti diteruskan.

Kecaman ini boleh menjustifikasikan sokongan dan kebersamaan kita dengan saudara-saudara seagama di bumi Palestin. Ia juga menjadi bukti terhadap kepedulian kita. Ia menjadi tanda bahawa kita bukan terdiri dari kelompok manusia yang disebutkan oleh Allah dengan perumpamaan buruk sebagai BINATANG TERNAK.

Firman Allah SWT:

7_179

“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai” [al-A'raaf 7: 179]

Binatang ternak tidak pernah peduli kepada pisau yang sedang diasah untuk menyembelihnya. Binatang ternak hanya memerhatikan rumput dengan penuh nafsu terhadap perutnya. Binatang ternak adalah perumpamaan kepada manusia yang diberi mata tidak melihat, diberi telinga tidak mendengar. Apa yang mereka pedulikan hanyalah lima rukun hidup iaitu MAKAN, MINUM, KERJA, REHAT dan KAHWIN.

Semoga dengan kecaman dan bantahan yang dibuat, menjadi saksi di hadapan Allah, bahawa kita adalah manusia, bukan binatang yang tidak punya rasa peduli dan peka.

Namun kecaman bukanlah tindakan yang terbaik oleh seorang mukmin.

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

munkaran

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]

Arahan Nabi Muhammad sallalaahu ‘alayhi wa sallam terhadap tindakan kita mencegah kemungkaran, bukan sekadar mengingkarinya dengan hati, atau menegahnya dengan lisan, tetapi bertindak dengan tangan untuk MENGUBAH keadaan. Tindak balas kita mestilah ada upaya untuk mengubah keadaan, dan kecaman masih jauh dari mampu mencetuskan perubahan itu.

Sidang Jumaat rahimakumullaah,

Tindakan kedua yang mesti kita lakukan untuk bertindak terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin adalah selepas MENGECAM adalah MENCEGAH.

Mencegah boleh berlaku dalam beberapa bentuk.

Cegahan pertama adalah pada usaha mengelakkan diri untuk menjadi mangsa kepada kemungkaran itu. Ia mungkin boleh diertikan sebagai tindakan untuk berhijrah meninggalkan tempat di mana kemungkaran itu berlaku.

Ia mungkin berupaya menyelamatkan diri kita buat sementara, tetapi ia tidak akan dapat menamatkan kemungkaran itu daripada terus menerus berleluasa. Dan segala puji bagi Allah, saudara kita di bumi Palestin tidak bertindak melarikan diri. Jika mereka tidak punya semangat yang kuat untuk mempertahankan diri dan maruah Islam, sudah pasti mereka bertempiaran lari menjadi pelarian di bumi asing.

Namun Allah anugerahkan bumi itu dengan manusia yang kental jiwa. Mereka terus bertahan. Biar pun hanya dengan lastik dan batu, berundur tidak sekali-kali! Sama ada menang, atau syahid fi sabillah.

Mencegah yang kedua pula, boleh diertikan dengan tindakan kita mengekang diri daripada menjadi sebahagian daripada kemungkaran itu. Kita harus bertindak untuk menghalang diri daripada menjadi sebahagian daripada kekuatan regim Yahudi di bumi Palestin. Dan tindakan ini boleh dijustifikasikan dengan kempen boikot.

Secara individu, kita boleh menyekat diri daripada menggunakan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi regim Yahudi Zionis itu.

Firman Allah SWT berkenaan dengan hal ini:

17_6

“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya” [Al-Israa' 17: 6]

Di era kerosakan kedua oleh kaum Yahudi ini, Allah SWT menjelaskan bahawa kekuatan mereka adalah hasil yang diperpanjangkan kepada mereka berupa harta kekayaan dan sumber tenaga manusia. Ayat ini amat jelas menunjukkan kepada kita, bahawa regim Yahudi Zionis hari ini menjadi kuat hasil sokongan luar yang mereka terima.

Sokongan itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada negara Polis Dunia iaitu Amerika Syarikat.

Laporan http://www.ifamericansknew.org menjelaskan bahawa regim Zionis yang menjajah bumi Palestin menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.

Kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Negara kuasa besar dunia itu berupaya memanipulasi kewangannya sendiri untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rejim Zionis hasil kombinasi beberapa pihak, khususnya media di Amerika Syarikat yang tidak melapor, melapor secara simplistik, atau memberikan laporan yang salah, untuk mengawal kefahaman penduduk Amerika Syarikat tentang isu Palestin.

Maka tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini, tindakan menghentikan penggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.

Sidang Jumaat sekalian,

Walau bagaimana pun, tindakan mengecam dan mencegah masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada kita. Bahawa kemungkaran mesti menerima tindak balas yang bersifat MENGUBAH.

Perubahan itulah yang mesti diperhatikan oleh kita semua.

Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab?

Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar?

Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu, SEPERTI MARAHKAN ANJING MENYALAK BUKIT. Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri?

Kaum Muslimin rahimakumullaah,

Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.

Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.

Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.

Islam yang tulen.

Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.

17_8

“Dan jika kamu kembali, maka Kami pula akan kembali ..” [al-Israa' 17: 8]

Kembalilah kepada Allah, agar Allah kembali kepada kita dengan bantuan dan kemenangan!

end_1st_khutbah


Saturday, February 6, 2010

empat generasi terburuk

aku baru balik dr bersama2 adik2 JIM dirumah seorang akhawat sebentar td...tengah mengarang2 dan bermuhasabah diri iAllah. maaf jika xselalu update, selalu update masa ade macam nih je...entah balik auckland sempat ke x.iAllah.

td berprogram dengan Ust Nafis, tajuknya-ada apa dengan cinta?hmmm, aku sebenarnya xberminat sangat, masa tuh tengah tolong makcik2 masak2 kat dapor, then makcik suruh g dengar, so g ajela...rupe2nya...Cinta Allah dan rasul!bila kita cinta pada Allah dan rasul, perwatakan kita dan percakapan kita akan berlegar sekitar Allah dan rasul sahaja....kerana ikutan rindu yang mendalam, kasih yang memuncak-ke terbalik ayat nih, hihi...tapi xkurang juga takut yang menggusarkan. hebat kan?i wish to be like them(generasi Al-Quran yang unik itu). alahai, banyak lagi kene buat nih!usaha2!gempur2!

Empat generasi terburuk;

  • cita2 hanya untuk kepentingan perut
  • kemuliaan mereka dilihat dari perhiasan
  • kiblatkan wanita
  • agama adalah wang dan harta benda
Cita2 utk kepentingan perut sahaja-Majoriti masyarakat kita seperti ini. berhempas pulas sekadar mencari makan sahaja, esok nak makan KFC, esok nak makan sushi, bulan depan nak makan nasi dagang, ramadhan nanti nak masak nasi minyak etc. fikirannya utk makan2 makan dan makan......alangkah ruginya. Umpama binatang ternak lagaknya, bangun tidur, makan, penat makan duduk, tengah bekerja makan, bila ngantok je tido.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. [7:179]

Kita sama ke dengan binatang?xsamakan?kita lagi hebat sentiasa, buktinya, xpernah ada binatang yg menundukkan manusia, manusia menundukkan binatang adalah(ular, gajah, harimau, serigala etc semua ditundukkan manusia)

seterusnya, kemuliaan dari perhiasan semata-dah ade kereta toyota vios, nak tukar pulak kepada prado, then tukar lagi pada merc-haih, kalu merc tuh, bulih dapat beberapa MPV utk dakwah dah kan?Jom kite berusaha carik alat2 utk dakwah!kayakan dakwah, bukan kayakan diri(pesan ustaz). bila seseorang dirasakan lebih hebat dan mulia dari diri kita, pasti kita akan segan dan tabik la sama luuuu kan? itulah dia, samala kita nih, org yg pakai gelang rantai sebesar rantai lori, xberani nak lawan, kononnya dia orang mulia, sapelah kita...hesh!salah!sape lg mulia?sape?sapeee?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. [3:139]

seee, kamulah!orang beriman dengan lafaz dan amalnya!

kiblat kepada wanita?hmmmm terlalu banyak contoh rasanya zaman sekarang nih, lelaki tunduk pada wanita, demi wanita sipolanpolan aku sanggup redah lautan, demi si anu anu aku rela disiat2 etc. contoh paling famos adalah, Nabi Adam as pun turun dr syurga kerana wanita!tapi Allah menerima taubatnya, kita bagaimana. the same applies la, kepada wanita jugak. contoh biasa, si rempit, demi mendapatkan layanan wanita, dia sanggup menggadaikan nyawa dimedan litar, alangkah murahnya harga dan nilai nyawa itu...bg mereka.

agama mereka adalah wang dan harta benda. agama itu adalah sistem, segala kita laksanakan semua demi menegakkan sistem. contoh 1 malaysia, semua kita lakukan, program etc demi merealisasikan gagasan 1 Malaysia. samalah jugak, kini, agama telah bertukar kepada agama taghut, yang mana bertukar kepada dunia yang fana'....jauh dr nilai akhirat yang abadi. bangun tidur, ingt duit jeeeee...pergi mana2 pikir duit/elaun baru join...dakwah pun!ada gaji baru nak buat!haih, mintak dijauhkan Ya Allah. sanggup berhempas pulas demi taghut..siang dan malam.
Di akhir kalam, ingin sekali aku menyeru kepada semua, 47:24-afala yatadabbarunalQuran?
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci? [47:24]
pemikiran kita akan dicorakkan oleh apa yang kita baca dan fikirkan selalu(most of our time spent with). sebagaimana tertegaknya dulu sistem komunisme...kerana pembacaan seorang pemuda-Vladimir Lenin pada buku komunisme ditulis oleh Karl Max, 1870-1924. kerana itu, demi menjadi generasi Al-Quran yang unik, pemikiran kita pun perlu jadi umpama mereka, Quran, sunnah...so kene baca tulisan2 tokoh2 islam hebat yang telah syahid fisabilillah iAllah.!Jom membaca!

wallahu'alam.semoga Allah tsabatkan dan teguhkan kita dijalan ini iAllah, amiiiin.

Tuesday, January 5, 2010

Syifa' Syifa'

Salam 'alaykum dearie syifa', wa masukkan post2 syifak dalam blog wawa, semoga bermanfaat. Jazakillah khair semua.

Sunday, January 3, 2010

Merindui syahid

Bismillahirrahmanirrahim, subhanallah alhamdulillah allahuakbar..Kini sudah lewat tengah malam di Miri.Aku duduk tidur di ruangan bawah demi membendung adikku berjaga malam menonton tv. Hmmm, mataku degil untuk tidur, entah kenapa dari td mahu menulis. Post yang agak menarik bukan?Benar2 menarik...aku sentiasa teringat2 mati itu sungguh dekat padaku. Malaikat maut menjenguk setiap 80 kali sehari demi mengingatkan aku...astaghfirullah, ampunkan dosa2 kami hambaMu Ya Ghafur Ya Rahiim...

Rasulullah s.a.w mendapat gelaran or 'title' syahid ketika umurnya mencecah 63 tahun selepas 23 tahun berkecimpung dalam dunia dakwah. As-Syahid Imam Hassan Al-Banna syahid ketika umurnya xsampai pun 41 tahun selepas berkecimpung lebih kurang 20 tahun dalam dakwah. Waaah hebat bukan? berpuluh2 tahun mereka akhirnya mampu mendapat syahid. Jika direnungkan pada diriku, baru setahun jagung mungkin dibandingkan dengan para mujahid agung yang telah bertemu denganNya. Mereka mengorbankan harta, jiwa, tenaga dan masa demi menegakkan panji islam yang mulia. Tsabatkan aku dalam jalan ini Ya Allah, matikan aku dalam keadaan husnul khatimah, dalam iman yang terbaik.

Mati itu sudah pasti bagi anak adam. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Mati katak?mintak dijauhkan. Mati syahid aku rindu2kan. Bukan mudah untuk diraih, tapi aku perlu berusaha keras sentiasa dalam segala usahaku dalam mencapai keredhaanNya demi memartabatkan Islam di persada alam buana ini.

Aku rindukan syahid Ya Allah, berilah aku peluang Ya Allah, coretkan dalam lauh mahfuzhMu namaku dalam kalangan para syuhada'.

Wallahu'alam.

Saturday, January 2, 2010

muhasabah tahun baru

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah dengan segala nikmat dan kurnia Ilahi, aku mampu menulis lagi. Aku baru sahaja usai membaca sebuah buku yang memang aku minati...Buku Sirah Nabawiyyah tulisan Dr. Mustapha Siba'ie. Walaupun bukunya xselengkap Raheeq Al-Makhtum, terdapat sangat banyak peristiwa dan tragedi yang memberikan pedoman buat aku menongkah hari2 depanku insyaAllah.

Sirah Rasulullah s.a.w merupakan titik tolak aku mula berjinak2 dalam dunia islam, dunia dakwah...ini adalah kerana aku merasakan tempias pengorbanan dan semangat daripada Rasulullah s.a.w. Sangat mengkagumi peribadi dan akhlak baginda s.a.w, dalil dari Al-Quran menguatkan lagi hujahku ini;
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [33:21]
Bukan itu sahaja, membaca sebenarnya akan membuatkan aku lebih mendalami, merasai serta memahami sesuatu perkara(aku jenis baca lg paham compare to dengar), benar kata As-Syahid Ustaz Rahmat Abdullah, "buku itu gedung ilmu, makin banyak dibaca makin banyak kamu tidak tahu."Ini merangsangkan lagi semangatku untuk membaca, sebagai tips2 pembacaan(bagi yg susah nak membaca), biasakan baca newspaper online, lama2 bila baca news sekejap je, saya xprefer dengar berita, prefer baca berita sebab baca kejap je, dengar kene tgu sejam, itupun berita utama je, berita palestin dan gejala masyarakat tak termasuk lagi.
Sebenarnya, tujuan aku menulis blog pada hari ini, antaranya sebab dah terlalu lama xupdate blog, kesian, dah bersarang2 dah siap beranak pinak dah kot labah2 kat dalam nih, hihi. Jadi segan nak bagi alamat blog pada orang lain pulak sebab xupdate. Hihi, baek saya usahakan iA walau sebentar je menulis.
Dikesempatan ini, nak menggunakan peluang tahun baru untuk muhasabah diri ini. Aku dah tiga tahun dah blajar di University of Auckland alhamdulillah. Tahun depan merupakan tahun terakhir buatku disana. Betapa aku sangat menyayangi pengalaman dan kehidupan disana(ada terfikir nak sambung master atau PhD if ada peluang iA). Terlalu mahal untuk aku gadaikan dengan kenangan pahit kerana terlalu manisnya saat2 lalu.
Jom muhasabah, tapi bukan muhasabah University of Auckland, University of Tarbiyyah...belom grad lg...
10 ciri individu muslim, merupakan kayu ukur yang xberskala untuk dilihat sentiasa, setakat mana keyakinan terhadap maratib amal(Tangga Tujuh-TT kata Kak Ain) mampu memacu ke arah ustaziatul alam. Kalau dilihat dari aspek Sirah Rasul s.a.w, Rasulullah antara Rasul yang Allah berikan kemenangan, seperti juga Nabi Sulaiman, Yusuff, tapi xmampu nak celen(bahasa sarawak-lawan) Rasulullah lah. Rasulullah ada suri seorang ayah, suami, sahabat, ketua perang, khalifah kerajaan madinah, dan saudara jugak. Rasul2 lain atau nabi2 lain, ada segelintir mempunyai suri2 ini tapi tak secara total sepertimana yang Rasulullah ada. Rasul adalah sebaik2 role model!Baek. Dari situ As-Syahid imam Hassan al-banna mengkaji Sirah Rasulullah saw dan mampu memerah jus maratib amal ini...Cuma Rasul xsempat ketika mana kerajaan Islam merasai Khalifah kerajaan gabungan islam dan ustaziatul alam. Namun, kira hebatla, 23 tahun mampu menang dan buat satu kerajaan. Tabik sama Rasulullah s.a.w maaa...
Maratib first adalah IM-individu muslim. Nih la stage yang sampai bila2 pun xhabes2...rasanya ada buat post pasal IM nih, so xnak elaborate panjang2.
Sebelum pergi ke stage td, sepatutnya, kesedaran mengenal diri sebagai manusia juga penting serta peranan atas muka bumi(2:30&51:56), tahu dari mana(tanah dan air mani yang hina) dan akan kemana(kampung akhirat)-->semua nih mengenal hakikat Insan atau manusia. Penting nih, kene tahu benda2 nih supaya clear dan lagi zzzooooop(terkesan).
Bila dah tahu matlamat, kekuatan diri, go through Sirah dan jugak Sejarah Kejayaan Islam(ISK), haaaaa baru bes, Syahadatul Haq lagi bersemangat lagi! Sebab dalam buat sesuatu perkara, tidak cukup untuk ikut2an sahaja-perlu tahu kenapa sekiranya mampu melainkan syariat Allah tidak lain x bukan kerana Iman kita pada Sang Pencipta yang Lagi Maha Mengetahui dan Bijaksana.
okla, bawak2 renung2kan, nak berehat sebentar bersama sang buku. Ok, sekiranya ada salah silap atau kekurangan boleh inform pada saya atau komen sahaja ok?Maaf jika ada salah silap kerana menunjukkan saya hamba yang lemah lagi xberdaya tanpaNya.Jazakillah khair. Wassalam.

Monday, July 27, 2009

Demi Matahari



Salam 'alaykum wrt wbt buat semua pembaca, waah sudah begitu lama kukira blog ini tidak diupdate. aku menjenguk seketika kerana aku ingin sekali meluahkan segala isi dihati ini. membuku lama2 kurasa membeku dikala musim dingin ini. entahlah, aku rasakan diriku berkecamuk dengan segala macam benda, dunia menyebabkan hatiku begitu bercelaru-sehingga membahayakan imanku. Ya Allah, aku bersyukur atas kurniaanMu terhadapku. tiada nikmat lain yang aku amat hargai serta ingati melainkan nikmat iman dan islam..

Teringatku suatu masa dahulu, tatkala iman mula mekar dalam hati usai musim panas, ketenangan menjengah xpernah jemu.Aku sangat gembira, sangat bahagia sekali. setenang air laut di tepian jeti Auckland(Viaduct Harbour). Kebingungan yang kurasakan kini, benar2 memeras jiwaku.kerinduan pada bibit itu membungkam jiwaku kini yang gundah gulana.

Lalu aku mengambil keputusan, untuk meluangkan sedikit masa mencari pemujuk hatiku dari Allah!Cuba teka sape dia?Sang Matahari...aku benar2 sukakan sang matahari...aku juga sukakan langit serta awan...tapi minatku lebih lagi kepada sang matahari. Padanla Allah bersumpah didalam Al-Quran, demi Matahari..betapa speselnya matahari....

Aku melangkah untuk menaiki bus(free bus-tgk matahari without any cost, best kan?) ke Viaduct...tempat kegemaranku berbasikal dahulu(pada asalnya aku ingin menaiki basikal kesini-tp empunya basikal xreply). Aku berjalan dan terus berjalan, xterasa penat pulak walaupun agak jauh....kemudian, aku mengorak langkah untuk ke wharf yang boleh tgk sunset!aku pun mula melangkah kesana. Sesampainya aku disana, aku duduk dan membaca Quran. ku jenguk ke bawah---huuuu seram..aku takut laut, teringat kisah Nabi Nuh dan kaumnya yang ingkar, ditelan air yang membanjiri. Jauhkan aku dari azabMu ya Allah. Golongkan aku dikalangan ahli syurgaMu.

Aku duduk dan merenung Matahari-dia makhluk Allah yang Allah tiupkan roh kepadanya. Dia begitu taat kepada Allah dalam menjalankan tugasannya. Semasa aku melihat matahari mulai terbenam, aku tergelak kecil melihat gelagat manusia lain semakin asyik dan ghairah mengambil gambar keindahan sunset-adakah mereka berfikir siapakah pencipta Si Matahari itu?atau sekadar impressed pada kecantikannya, lalu gambar itu diabadikan dalam koleksi2 facebook?Kasihan mereka..semoga Allah memberi hidayah kepada mereka. Allah kan adil, semua manusia, xkira siapa pun...mampu menikmati keindahan Sang Matahari,bukti kasih sayang Allah....berbeza dengan kerakusan dunia memeras harta2 sang papa.

Saat itu, aku mulai tenang..serta rasa terpujuk..Allah masih sayangkan kamu. Teringatku kepada kisah Rasulullah, tika mula hampir rasa putus asa..mahu terjun dr gunung kerana kaum baginda mengatakannya gila serta sudah dilupakan Allah...Allah pujuk baginda;Muhammad(sendirian)....tgklah alam yang terbentang luas nih..adakah kau rasa sendiri?tidak cukup besarkah nikmat petunjuk yang aku berikan kepadamu?(boleh refer surah ad-Dhuhaa).Nikmat petunjuk Allah inilah yang paling bermakna...bukan yang lain...Segala puji hanya bagiMu Ya Allah...begitu jugalah aku rasa terpujuk disini..sekelilingku semuanya akur bertasbih kepada Allah.begitu hebat sekali ciptaanNya sesempurna namaNya yang Maha Sempurna.

Demi waktu pagi.
Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi.
Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula ia
murkakanmu.Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.Dan sesungguhnya Allah akan memberi (limpah kurnia-Nya) kepadamu
dan engkau tetap berpuas hati.
Bukankah dahulunya engkau seorang anak yatim piatu, lain Allah
memberi perlindungan kepadamu?Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu dalam keadaan tiada
pedoman, lalu Ia memberi hidayat kepadamu?Dan bukankah dahulunya Allah dapatimu miskin, lalu Ia memberi
kekayaan kepadamu?
Oleh itu, janganlah engkau hinakan anak yatim.Dan janganlah engkau herdikkan peminta bantuan.Dan hendaklah engkau sebut-sebutkan ni’mat Tuhanmu.[ad-dhuhaa,93]

Indah bukan?tazkirah yang aku dapat ketika berada disini adalah-Hanya Allah sumber kekuatan, bukan manusia atau kebendaan. Allah benar2 mengujiku...tp aku sedar aku diuji.

Adakah kamu mengatakan kamu beriman sebelum kamu benar2 diuji?-ayat diringkaskan [29:2]

Ya Allah, jauhkan aku dr sifat2 kedurhakaan serta kekufuran kaum Yahudi serta nasrani...golongkan aku dalam golongan pembawa risalahMu Ya Allah..Matikanlah aku dalam Jalan ini Ya Allah...kurniakan aku petunjuk kearah Jalan LurusMu Ya Allah.

Tidak juga kulupakan kepada adik2...semoga adik kuat!Akak turut merasakan kegundahan jiwamu tatkala ini...segundah manapun ia..kembalikan kepada Yang Mencinta-Allah.Bukankah Dia pemilik hatimu, begitu juga aku.Carilah jalan yang tersuluh terang jalannya dengan Nur petunjuk Ilahi bukan kepalsuan lampu buatan Syaitan Laknatullah..Jauhkan aku dari Syaitan yang Direjam Ya Allah, amiiin.

Semasa aku berjalan pulang ke stesen bus, aku terpandang sebuah kereta cool-kereta yang aku idamkan dahulu semasa tidak kenal islam-hanya segelintir org2 kaya bertaste tinggi sahaja akan memilikinya...Aku pun berfikir segala perubahan dalam diriku...kini, aku tidak memandang citaku itu lagi. Manusia yang terpedaya dengan dunia pentas hiasan ini hanya akan berlumba2 untuk kelihatan hebat dan dipandang tinggi.Apa guna nampak tinggi didunia andai di akhirat kelak dicampak nun jauh ke bawah yang hina lagi seksa..?Nauzubillahi minazzalik...
Andai tarbiyah Dzatiyah(kekuatan dalaman) ku tiada..pastinya aku sudah tersungkur dalam kehinaan dan kenistaan perbuatan diriku dorongan syaitan laknatullah.

Terima Kasih Ya Allah..aku sangat kepingin pada keindahanMu...seperti indah sang Suria td...sentiasa...maka kabulkanlah Syurga untukmu..

Berusaha Fatimah!cuba lihat Zainab yang diseksa demi menjatuhkan martabat imannya, As-Syahid Al-Banna-dibunuh kerana gelombang tsunami Bah Islam yang dibawanya yang bakal menghancurkan impian dunia mereka...ingat kembali..adakah kamu senang2 mengatakan kamu sudah beriman sedangkan belum diuji?So sentiasa ready ok?

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.[3:200]

Saturday, May 9, 2009

Allah aku rindukanMu

A'uzubillahiminasysyaithanirrajim,
Bismillahirrahmanirrahim. Allah.......bantu aku ya Allah....entahla, aku serasa aku sangat lemah kini....bantu aku Ya Allah. Kuatkan, bersihkan hatiku Ya Allah...ampunkan dosaku Ya Allah.

Saturday, April 25, 2009

Bila hati rindu untuk berkata

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah syukur kupanjatkan kepadaNya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Pemurah....tiada satu zat lain yang mampu melawan keagungan serta kehebatan Sang Pencipta Alam Yang Esa ini, atas pelbagai nikmat yang telah diberiakn kepada diri ini yang serba hina lagi kerdil xterdaya melakukan apa2 jua tanpa kekuatan dariNya.

Sudah lama kiranya jari ini menari melakar kata2 didada skrin ini...sudah kusam juga kukira blog ini kutinggalkan. Alangkah rindunya hati ini untuk berkata2. Aku suka berkata2...wah bukan lagi suka, tapi cinta kukira, haha...(dalam nada gembira). Aku sudah lama tidak meluahkan rasa hati kedalam laman ini. Antara cara aku untuk meluah rasa pun sebenarnya melalui penulisan. Penulisan merupakan satu cara aku untuk meluahkan segala rasa hati yang terpendam tanpa perlu dibendung2 lagi. Wah...berbelit2 pula kataku ini.

Hari ini, aku melalui hari yang amat penat juga kukira. Dengan segala bebanan kerja sekolah serta dakwah....aku tidak sedikit pun merasa penat...Hmmmm adakah ini tandanya ia mudah?Tidakla sedemikian rupa, haha...sudah semestinya sukar...siapa omong dakwah itu mudah?Mungkin benar mudah--tapi tulenkah dakwah yang dibawa itu??Sedikit komentar berkenaan dakwah, aku suka dakwah...kerana melalui dakwah aku mampu memahami karenah manusia(psikik ke ape nih)...mungkin nadanya agak pelik tapi this is real akhawat!!memahami gerak-geri tindak tanduk mereka malahan nada serta irama yang ditarikan juga aku boleh mengerti. tidakla persis sebuah ensiklopedia manusia, tapi sekadar on the surface jer. aku juga mampu memahami diriku lebih mendalam. alhamdulillah.

Entri kali ini sebenarnya, tidak banyak ilmiah, sekadar perkongsian luahan hati semata. So siapa2 yang malas nak membaca bebelan hati ini...haha, boleh pergi melayari web ini www.muntalaq.wordpress.com dan bacalah entri2 yang lamaa2 tuh.

Manusia ibarat Musim Autumn yang semakin menggila ini. menggila dengan angin kencangnya menerbangkan apa sahaja, menggila dengan kedinginan yang menggigit rasa. Sejuk!pakai heater je sentiasa. Kenapa aku katakan bak musim Autumn(Musim Luruh)? Kerana ia akan menggugurkan daunnya semua meninggalkan batang serta tunjangnya sahaja. Persis manusia, akan luluh segala yang tidak asli padanya bila diuji dengan gegaran ujian serta mehnah. Contohnya marah, bila saja seseorang mahu meluahkan ledakan marah dalam jiwanya, maka akan ternampakla kejelikan hati serta perilakunya. Segala yang tersirat dengan mudah saja terhambur. Buruknya rupa, pohon yang indah serta menenangkan pada asalnya tadi kini menjadi mati tiada seri......tanpa sehelai daun melitupi batang2nya. Nampak horror macam dalam cerita hantu...hihihi.
Bukan itu sahaja, bahkan bagiku, musim luruh ini mengingatkan aku kepada dekatnya kematian...dedaunan semua gugur tidak kira yang tua kecoklatan atau hijau yang masih kuat. Daun yang mudah hijau serta kuat itu melambangkan diriku yang masih muda bertenaga berkemampuan, sihat dan bersemangat ini...yang tua pula melambangkan seorang yang tua, sakit, serta sudah dekat kepada petanda matinya. Bila2 masa sahaja aku boleh gugur, tidak mampuku teka bila saatnya. seperti juga daun itu, tidak pasti bila akan gugurnya...Oleh yang demikian, aku mestilah berusaha memanfaatkan segala apa jua kemampuanku ini untuk mencari redha Allah....Mari mujahadah!Berusaha menambahkan kekentalan jiwa, berusaha menimba ilmu kefahaman islam serta dakwah, berusaha memperbaiki diri dari masa ke semasa...itu ikrarku...
Kelainan pohon2 yang dedaunnya gugur ketika musim luruh ini juga mengingatkan aku pada Tarbiah Dzatiah.....Tarbiah dzatiah adalah melambangkan tarbiyah dalama diri seseorang individu muslim tersebut. Pohon2 lain walaupun musim bertukar2, angin kadangkala kencang malah ada juga menggila....tetap utuh teguh serta rimbun daunnya, namun pohon yang luruh ini, daunnya kekuningan tidak sihat, semakin diuji dengan hujan dan angin, semakin gugurla dan layula daunnya...tapi, pohon disekelilingnya sangat berbeza dari yang luruh ini. pohon yang kuat masih kekal dengan kehijauan dan rimbun daunnya itu melambangkan pohon yang kuat tarbiyah dzatiah dalam dirinya...diuji2 siang malam, dengan hujan yang acapkali lebat, serta angin kencang yang mengganas....tetap kekal seperti sediakala...kuatnya pohon ini.... harapnya tarbiyah dzatiah diriku sehebat dan semantap pohon itu, desas hati kecilku....

Ada banyak lagi yang ingin kukongsikan bersama, namun.....keadaan xmengizinkan keinginanku itu...baekla, semoga serba sedikti menambah kekuatan iman didada serta menjadi tazkirah pendek buat semua yang sudi menjenguk entri kali ini....insyaAllah akan bersambung lagi...salam

Monday, December 29, 2008

What do u Hope for this suffering

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahh buat semua pembaca, saat ini ketika ini aku ingin sekali berkongsi kesedihan dan kepiluan hati yang tersangat2 hancur...Ya Allah Selamatkanlah saudaraku di Palestin-Ghaza Ya Allah....balaslah kepada laknatullah Israel dan sekutunya atas kekejaman yang telah mereka lakukan Ya Allah..Sesungguhnya Engkaula sebaik2 Pembalas tipu daya dan Pengukum...






Pilu benar rasa hatiku.....Ya Allah dimana mampuku luahkan perasaan hati ini Ya Allah...aku seorang yang hanya mampu menyaksikan penindasan yang berlaku terhadap saudaraku sendiri....sedih benar rasa hati...permata2 jernih deras mengalir jernih dari kelopak mataku.







Hanya dalam masa sehari sahaja...282 orang mati dan 600 lebih cedera dan dimasukkan ke dalam hospital yang ubatan2 serta perkakas sangat limited dan agak dhaif jika dibandingkan dengan hospital2 di tempat lain...
Mengapa mereka diseksa sedemikian rupa? Hanya kerana mahu mempertahankan bumi waqaf Palestin-yang sebenarnya tanggungjawab semua muslim..bukan terbatas kepada Palestinian...
Perjuangan itu dibayar dengan penyekatan bahan asasi harian seperti ubatan2 dan makanan dan lain2 daripada memasuki Palestin....tapi mereka terus tabah malah kesengsaraan dan kelaparan itu menyebabkan mereka semakin kuat malah makin teguh bersama pimpinan Hamas memperjuangkan ketuanan islam di Palestin
Perjuangan itu dibayar dengan kehancuran bangunan2 utama seperti hospital dan masjid2 serta stesen tv bg memutuskan perhubungan dan bantuan kemanusiaan kepada mereka...tapi pegangan mereka xpernah goyah apatah lagi punah dek gertakan bedilan2 Firefighter F16 Israel...

Please do visit this website for further details
http://english.aljazeera.net/news/middleeast/

Apalah sangat mampu aku lakukan????Dahla dok jauh kat New Zealand nieh....nak g sana duit pun xlepas....Ingatlah bahkan semasa orang kafir Quraish menyembelih binatang2 korban atas berhala2 sembahan mereka Allah berfirman: Sesungguhnya darah2 binatang sembelihan itu xsampai kepaaKu tapi yang sampai adalah ketaqwaan kamu...
Mungkin aku xmampu berbuat apa2...tapi aku mampu berdoa...doa itu senjata seorang mukmin yang ampuh...
Selain dari itu...aku juga mampu memboikot semua produk2 yang menymbang kepada dana ketenteraan israel laknatullah...

Owhhhh Muslims...please wake up from your dream....face this reality....Our ummah is suffering today and Hamas is to call up the 3rd intifada....What have u done ooo muslims....U've contribute thousands of dollars for them to destroy our Holy Land of Phalastine...to end our siblings life.....to ruin our brothers and sisters future....

We are worried about our boring day but what do they need to face each seconds is FATAL.... Please wake up people owh people wake up...




Sebagai pengakhiran biarlah hati hati berbicara....ADAKAH AKU DIAM KAKU TAK MENGENDAHKAN SAUDARAKU...atau....AKU HARUS MELAKUKAN SESUATU UNTUK MEREKA

Ya Allah, jadikanlah airmata dan juga usaha masa serta blog ini sebagai bukti aku berbuat sesuatu bg mereka Ya Allah amiiiin yarabbal 'alamin agar menjadi hujahku dimuka pengadilanMu kelak.

Wednesday, December 10, 2008

Catitan Pengembaraan Brunei dan Bintulu

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat pengunjung2 yang mengunjung blog ini...Hari ini, tanggal 10 December 2008...begitu cepat masa kurasakan meninggalkan aku terkebil2 di belakang...Namun, yang penting aku harus menggunakan masa ini sebaiknya...masa itu aalah Aset yang paling berharga buat diriku ini, pasti juga anda semua. Ingin sekali aku kongsikan sedikit catitan perjalananku bersama Jaulah Brunei dan juga Jaulah Borneo trip...
Pada tanggal 17/11 aku berlepas dari City Of Sail menuju ke tanah airku...duduk disebelahku seorang wanita pertengahan umur warga New Zealand juga. Aku sekadar mampu menghadiahkan senyuman buatnya kerana mataku kurasakan teramata berat sekali, xmampu ditongkat sekalipun...xpa, jika diberi keizinan Allah akanku berkongsi serba sedikit tentang Islam kepadanya nanti. Lantasku terlena di kerusi Royal Brunei Airline yang xberapa nak empuk itu. Almaklumla...kat Airport xdapat tidur lama...agak penat juga kurasakan atas segala tenaga kukerah untuk exam lastku 15/11 serta menyelenggarakan perkara2 mustahak sebelum balik ke tanah air tercinta....Minum pagi...aku dikejutkan oleh sang pramugara yang tinggi lampai...loghatnya seperti orang miri juga detakku dalam hati...Terima kaseh Allah mengurniakan aku makanan sebagai pengulas perut yang agak kosong juga kurasakan cuma keroncongan tiada kedengaran...haha. Selesai minum pagi, aku sharing dengan jiran dudukku ini....Namanya sudah kulupa..haha, itulah bila akidah berbeza namapun cepat dilupakan...dia seorang yang xberagama...tapi bukan atheis...dia membuat teorinya sendiri agar dia xterlajak dari melakukan keburukan...."penat2 pikir pasal teori yang entah betol atau tidak apalagi terbukti berkesan atau sebaliknya" getus hati kecilku....Alhamdulillah Ya Allah Engkau kurniakan aku agama islam...bukan setakat agama malahan life systemku sendiri... Pelbagai soalan yang diajukan kepadaku termasuk berkenaan hijab dan jugak makanan dan minuman haram....simple jawapanku...itu semua ataas ketaatan aku kepada Allah...Tuhan Pencipta yang Maha Berkuasa di langit dan juga bumi...Wanita itu berpisah denganku di Bandar Seri Begawan Airport...semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk buat wanita itu...amiiiin.

Aku balik dulu ke Miri dan kembali semula ke Brunei menaiki bus...penat juga naik bus, kurasakan seperti menunggang kuda...peluh bergelen2...tapi itu xmenjadi masalah, berbekalkan semangatku untuk berukhuwah dan mengenali akhawat Brunei, kugagahkan jua langkahku....pelbagai macam persoalan timbul di benak mindaku...Bagaimana nak berborak, camana aku xkenal...bagaimana penerimaan mereka? etc...kerisauan sahaja memenuhi otakku...tapi ia tidak sedemikian...Alhamdulillah kujumpai semua akhawat Auckland yang join serta akhawat Brunei juga...semuanya bersemangat...hebat2 semangagtnya...baru ku tahu tarbiyah bermula baru 3 tahun di Bumi Brunei ini...masih begitu muda sekali. Dimulakan oleh ikhwah Malaysia yang kembali dari UK dan juga akhwat Brunei yang turut serta ditarbiyah di UK...wah, hebat2 orang UK ni ya...kami bermalam di rumah Hj. Asri, selesa sekali...Disini kumulai sedar watanku adalah Malaysia...aku akan berjuang disana...walau impianku untuk menetap di New Zealand...di sini aku didedahkan dengan pelbagai benda...tapi, apa yang benar2 kutelan dan hadam serta pahat dalam hati...Futhuur di medan dakwah...baru kutahu...saat belajar itulah sebenarnya bekalan untuk menentukan aku futhuur atau tidak...ramai orang yang gugur bila masuk ke medan pekerjaan...dek tertipu dengan priority yang lebih awla maka dakwah terus dimatikan..ada juga yang lepas phase pekerjaan, tapi gugur saat phase perkahwinan...penat menguruskan anak2, pelbagai komitmen terhadap keluarga..memaksa mereka untuk memilih antara dakwah atau keluarga..lalu dakwah diketepikan dibuang ibarat kain buruk.. Disini baru aku nampak.... apa itu futhuur yang sebenarnya...gerun juga aku, Semoga aku tsabat dijalan ini...amiiiin...doaku dalam hati...
Selain daripada itu, aku juga belajar...dalam medan dakwah ni..ada perkara yang kita hanya mampu berlapang dada...terima kasih Ust.Salam, Kak Su, Hj. Asri etc. Aku terpaksa kembali segera ke miri kerana adikku mengalami kemalangan...dasar adik yang degil...tapi mungkin dengan cara ini sahaja dia akan sedar..
Aku kembali semula ke Brunei bersama akhwat KL pulak kali nieh. Yang ingin aku kongsikan adalah saat aku berada di bintulu....terkejut juga aku, malu pun ada...adik2 yang masih bersekolah menengah lagi sudah mengenal erti tarbiyah..wah hebat2...disini aku kenal akhawat Bintulu, Ust. Ali dan juga mama Nida...terima kaseh semua..jzkk atas perkongsian ini...
Aku bersyukur sangat kepada Allah kerana mencampakkan aku ke New Zealand dan benar2 mengenal erti tarbiyah dan dakwah disana...fikrah yang kuhadam selama 2 tahun ini amat memberi aku satu impak yang sangat besar...membuatkan aku berfikir dengan begitu mendalam sekali...Aku sayangkan Bumi Auckland...lahir tulus dari hatiku...Terima kasih akhawat Auckland atas perkongsian selama ini...

Monday, December 8, 2008

Tarbiyah Noktah Berpanjangan

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh buat semua jiwa2 menjamah hidangan ruhi ungkapanku ini.... Sudah dekat 3 tahun lebih aku berada bersama jalan dakwah ini, dapat aku rasakan perbezaan yang begitu ketara dalam diriku berbanding ketika zaman jahiliahku dulu...Mujur aku memilih lorong yang betul buatku susuri perjalanan kehidupan yang xsepanjang mana... Banyak juga sukacita yang telah aku rasai, tak kurang juga duka dan cita telah aku susuri....Namun segalanya itu adalah ketetapan dan ketentuan Allah jua...
DULU
Aku seorang insan yang keliru dengan laluanku...seperti lalang, ditiup kekanan aku menghala ke kanan ditiup ke kiri aku pun segera kekiri...Indah bukan???alam ini sebenarnya memberi satu tazkirah buat diriku ini. Zaman jahiliah???Usah aku katakan....sememangnya setiap jiwa ada sahaja penyesalan yang membuatnya mendahagakan jalan keinsafan...begitu juga engan diriku....Aku tak kenal Allah sebagaimana Allah yang sebenarnya...Aku juga xtahu siapa itu Rasulullah yang membawa manusia keluar dari kepompong kejahiliahan...aku xkenal erti kasih dan sayang kerana Allah...aku dahagakan keduniaan...aku mengejar cita2 duniaku tanpa aku sedar apa matlamat sebenarku...Bagaimana dengan saudara?

KINI
Aku adala aku kini dan akan datang insyaAllah itulah harapanku...Apa yang aku kehendaki dari hiup yang siingkat ini adalah keredhaan Allah SWT, cubaku pahat dalam hatiku...segala apa yang aku lakukan semua demi mengharapkan redhaNya jua, baik dari segi langkahku atur, keputusanku ambil mahupun juga desas desus dalam hatiku...Wahhhh sukarnya....tapi xmustahil bukan???Buktinya para sahabat yang terbukti hidup dan matinya keranaMu....
Aku bukan seorang Perdana menteri untuk menerajui masyarakat dibawah pimpinannya....bukan juga seorang ahli hiburan untuk memukau mata2 dan hati2 pemujanya....bukan juga seorang ulamak terkemuka untuk mengeluarkan hujah dan fatwa...tapi aku hanya diri aku...seorang yang bukan luar biasa tapi bergelumang dengan masyarakat yang luar biasa karenahnya....
'Apa maksudmu luar biasa'--Apa bukan luar biasa seorang manusia yang mengaku Allah tuhannya kini tunduk kepada taghut keduniaan--menjadi hamba abdi yang ditindas teruk tak terdaya untuk mendongak mencari cahaya harapan sekalipun...
Apa bukan luar biasa juga seandainya saff2 berkiblatkan Kaabah mulia kini bertukar kepada berkiblatkan nafsu serakah yang menghancurkan...
Apa bukan luar biasa katamu seorang yang kabur lagi dengan himmah dan cita2 ia lahir ke dunia bagaikan seorang yang mabuk tak menyedari langkah2 yang diaturkan...
Banyak lagi yang luar biasa andai aku ungkapkan pastinya seribu tahun pasti xterungkap dengan bait kata2....
Ya memang aku akui aku adalah manusia biasa seprti kamu...aku juga ingin mulia....(tak terbatas hanya didunia sahaja) aku juga ingin dikelilingi dengan kekayaan...agar boleh kunafkahkan kejalan redhaNya.....aku juga inginkan kenderaan yang berkualiti tinggi agar xperna penat mengkenderai aku ke program2 dan usrahku....aku juga mahukan sebuah keluarga yang bahagia...agar dapatku bergandingan bersama menujuNya kelak...

Saturday, October 18, 2008

Tarbiyah Dzatiah

Bismillahirrahmanirrahim

Tuesday, October 14, 2008

sang murabbi

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah Tuhan Sekelian alam apa yang ada diantara langit dan bumi...atas segala nikmat dan hikmat yang terus menerus dikurniakan. Disini ingin sekali aku berbicara dengan hati2 yang mahukan kemuliaan akhirat, bukan sekadar membaca dengan mata kepala tapi juga mata hati. Ada apa dengan sang murabbi?? Filem ini berkisar dengan coretan kisah hidup seorang murabbi/pendidik dalam membangunkan jiwa-jiwa yang lesu, menyedarkan mata2 yang terlena...Ustaz Rahmat Abdullah-penulis buku 'Kader Dakwah'. Apa yang menariknya pada cerita ni? Tulus saya katakan terlalu banyak input yang saya dapat daripada filem pendek tersebut. Dalam coretan kali ini, ingin saya quotekan beberapa ayat-ayat yang benar2 meresap ke dalam hati-hati yang rindukan perubahan, rindukan cahaya islam.

Kewajipan kita adalah untuk menyiram tanah tandus menyemai benih-benih agar pohon-pohon kejayaan islam tumbuh subur.

Ada dua perkara yang perlu diingat

  • kebaikan orang lain pada kita
  • keburukan kita kepada orang lain

Ada dua perkara yang perlu dilupakan

  • keburukan orang lain kepada kita
  • kebaikan kita pada orang lain

Mata-mata banyak memandang kepada kita, sebagaimana dirasakan jauhpun kita dari Allah, nescaya hati-hati kita tidak menutup diri dari mendengar dan memahami perasaan orang lain. Terimalah kebenaran dari mana sahaja ia datang.

Kemiskinan azam dan tekad akan bawa kebantutan harta boleh membawa keazaman mengejar harta dan cita-cita.

Buku adalah gudang ilmu, semakin banyak dibaca semakin banyak yang kita dapat.

Sebatang lidi jika bersendirian tak mampu berbuat apa-apa, tapi jika satu ikatan kotoran yang mana yang tak mampu disapu??

Apa ertinya usia panjang tapi tiada isinya. Adakah ingatan setakat mana dipahat di batu nisan dengan 3 baris kata

  • Nama si polan bin si polan
  • tarikh lahir
  • tarikh meninggal

Kenapa nak dakwah? Ibarat seperti sebuah sawah yang perlu dicari benih-benih berkualiti yang baik. Lepas tuh tanah-tanah tempat menyemai benih-benih tersebut juga dipilih agar dapat memberi cukup zat buat tumbesaran pokok. selepas itu, bila sawah mula berhasil, datang belut yang tak diundang.

Didunia ini ramai orang berilmu yang karya dan pencapaiannya sangat membanggakan seisi dunia. Namun kehilangan potensi diri dalam memahami dengan mata hati. Mereka sibuk kejar dunia untuk kepentingan diri.

Letak diri tinggi seperti tinggi nya bintang di langit menyinar dan berguna buat sang pengembara, jangan jadi seperti asap, mengangkat dirinya tinggi dilangit(tampak tinggi tapi tetap rendah martabatnya) tapi rendah hina tak berharga.

Wednesday, October 8, 2008

Ukhuwwah

بسم الله الرّحمن الرّحيم
Salaam..


Sebuah artikel yang ingin ana (=P) kongsikan buat syifa' semua..


By: Ummu Zaid

Bila berbicara tentang ukhuwah, ia bukanlah satu tajuk yang hanya cukup ditazkirahkan didalam usrah.atau disampaikan di dalam daurah, tamrin atau rehlah. Ia menuntut sesuatu yang lebih dari itu. Ia tidak cukup dgn hanya memberi tazkirah. Ia sesuatu yang dirasai kemanisannya. Dirindui dan dikenang2 bila kehilangannya. .dengan niat menghidupkan nya kembali…tidak betah seseorang itu begitu hebat bersyarah perihal ukhuwwah, andai dia sendiri belum pernah memberi 'tiket' ukhwah ataupun menerima 'tiket' ukhwah itu...
Apa itu ukhwah...

“Orang-orang beriman itu Ikhwah (adik beradik), maka baikilah hubungan diantara kamu dan bertaqwakan kepada Allah …” (Al-Quran).


Maka ukhwah itu adalah sisterhood.. ..

“Tidak beriman kamu sehingga Allah dan rasulnya lebih disayanginya dari selain kedua-duanya” (Hadis).


“Tidak beriman kamu sehingga dia menyayangi temannya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri” (Hadis)




HAB menterjemahkan ukhwah dalam bahasa yang cukup indah dan basah..(hanya 'basah' bagi mereka yang betul2 merasainya sahaja..)

Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Persaudaraan;

Persaudaraan itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbukar) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain (itsar)..




Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr: 9)


Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. (Al-Taubah: 71)


Inilah yang sepatutnya kita lakukan.


Perihal ukhuwwah dalam memoriku...

Ana masih ingat lagi beberapa peristiwa yang membuatkan ana rasa cukup manisnya ukhuwwah..
Lebih manis dari indahnya jatuh cinta buat kali pertama...

Pada suatu ketika, dlm satu liqa'...seorang ukht meluahkan perkara yang telah lama terbuku dihatinya... Terasa berat olehnya sehingga tidak mampu dibendungnya lagi... 'Meluahkan' bukanlah sesuatu yang mudah bagi ukhti... Kerana 'nature' nya pendiam, pemendam dan kebiasaannya dibibirnya, hanyalah senyuman yang tidak pernah lekang tersulam...
Lalu dia bersuara...

&#-*39;Ya Ukhti, berat ana ingin lafazkan... Namun ana tak mahu ia terus bersarang di dada, takut ukhwah ini lemah kerananya... Iman ini larut dlm bisikan jahatnya..'


#-'Emm... Silakan ya Ukhti, ana sedia mendengar... .'


&#-*39;Yang sebenarnya, waktu diprogram aritu... Ana amat terasa dengan ukhti...'


#-'Astaghfirullahal 'azim....., bila ya Ukhti? Ana minta maaf.. Ana x perasan....dimana salah ana ya ukhti?'


&#-*39;Masa tu ana mmg x ckup tangan didapur... Rasa tak tertanggung lagi... Ana sendiri x yakin dpt uruskan makanan utk 500 + orang... Ade barang yang tiada... Ada nasi yang x ckup masak... Ada adik2 yang datang kelaparan, belum sempat terjamu lagi... Org lain didapur tiada yang tetap..keluar dan masuk...

- Masa tu ana mmg x tau nak buat apa... Buat sekadar yang terdaya... Ana memang sangat2 harapkan pada enti ... Sama2 uruskan hal2 dapur... Tp enti x putus2 risaukan adik2 enti yang didewan sana... Takut mereka tiada siapa yang follo up.. Kadang2 enti hilang ke dewan.. Di saat2 ana sgt perlukan enti...


# -' Astaghfirullah. .. Ana mmg x sedar ... Ana mmg risau betul dgn adik2 ana... Maafkan ana... Ana lupe org yang plg hampir dengan ana... Afwan ya ukhti...


&#-*39;Mase tu ana mmg sedey sangat dgn enti...tp sebenarnya.. Silap ana juga... Mengapa ana harus mengharapkan kebergantugan pada manusia...sedangkan Allah kan Maha Kuat.. Silap ana juga ya ukhti.. Maafkan ana..


#-'Ana yang salah ... Maafkan ana... Ana mengejar yang jauh, sedang yang dikendong ini hampir keciciran... '


&#-*39;Ana pun salah juga... Afwan.. Andai terlalu lama menyimpan dlm hati ya Ukhti...'


Tatkala ukhuwwah ini diuji Allah, walau hanya sedikit... Dua jiwa atau roh yang tertaut atas jlnnya yang merasa, merana dan terkesan olehnya.. Selagi ia tidak diuji, manakan kita tahu sejauh mana kuatnya tautan keduanya.. Kebergantungan seorang ukht kepada seorang ukht yang lain utk mengemudi jalan dakwah ini tandanya perpaduan..dan tidak mungkin perpaduan akn wujud tanpa kasih sayang... Seperti yg HAB nyatakan...

'Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.'


Nah, kasihilah akhawat sekalian, sebagaimana antum kasihkan mad'u2 antum...
Lebihkanlah akhawat sekalian, sebagaimana antum lebih2kan masa2 antum, wang ringgit antum buat yang lain...
Kerana tanpa kasih sayang, lekanglah perpaduan dan ukhuwwah...
Dan paling sedih, sehingga tergadainya dakwah...
Pabila ada akhawat yang seorang demi seorang futur dalam perjuangan menuju Allah ini...

Pada suatu ketika, setelah tamat program..lalu ana bersalaman dengan seorang ukht ni... Erat sungguh genggaman tangannya.. Hangat dan kemas pelukannya pada tubuh ana...lama ..senyap..tiada sebarang ucapan mahupun suara... Seolah - olah ingin menyampaikan segala yang tersimpan didlm hatinya.. Akhirnya dia berkata..

'Ya Ukhti, KITA belum mampu kehilangan.. . Walaupun seorang ukht....'


Berjujuran air mata ana... Begitu tinggi pengharapan ukhti ini pada ana... Ana tahu, bukan pada ana seorang, namun semua akhawat yang hadir ketika itu...pada antunna semua...
Saat ini dakwah KITA masih goyah... Ukhuwwah kita masih lesu... Taat kita masih boleh dipersoalkan. .. Tadhiyah kita masih minimun... Thiqah kita masih belum sempurna...
Namun ana pasti.. Setiap dari kita berusaha untuk yang terbaik.. Membentuk diri menjadi individu muslimah yang terbaik...

Dalam satu situasi yang lain, seorang ukht menjadi mas'ulah dalam sesuatu tugasan yg diberi dlm keadaan ad-hoc..dan dan tu je 'terpaksa' menjadi mas'ulah...
Pening ukhti ini memikirkan siapa yang ada berdekatan utk membantunya menguruskan tugasan yang diberi...bukan yang berdekatan saja, ttp dm fikirannya.. . 'Siapakah yang ada, yang apabila ukht ni meminta bantuan, dia tiada kata dua, melainkan menyahut dengan jawapan...
'Baik! Insyaallah ana dtg sekarang juga...'

Ditilik-tilik setiap no. telefon yang ada... Namun, akhirnya no. yang dipilih adalah ukht A, Ukht B, Ukth C... Dan betul gerakan hati ukht ini... Ukht A,B, & C hadir memberi bantuan tanpa ada alasan alasan yang memenatkan.. . Sesungguhnya ukhti ini tahu siapa yang dpt dia hidup bersama... Dia tahu jika dia tidak bersama mereka, maka dia tidak akan bersama dengan selain mereka... Sedangkan jika org lain (org biasa), jika tidak bersama kita ... Pasti mereka akan bersama dgn selain dari kita...

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain. (HAB)


Nah, mari kita refleksi diri, muhasabah sanubari, berkatalah dari hati....
Andai antunna tidak bersama akhawat disini, adakah antunna betah hidup sendiri?...

Tidak bagi ana ...ana tidak bisa hidup sendiri tanpa akhawat disisi... Walau berat hati ini ingin berpisah, berat lagi jiwa ini yang menanggung.. .. (apetah lagi bila ingin meluahkan... .)
Namun, ana sedar....ukhuwwah itu ruh ruh & jiwa jiwa yang diikat dgn ikatan aqidah...ikatan yang suci...
Walau jasad ini terpisah puluhan ribuan kilometer dari antunna semua, namun ruh & jiwa kita yang sentiasa membara akan sentiasa bersama2 tertaut di atas Jalan Ini...
Mohon pada Allah, yang terbaik darinya, Robbul 'Alamin...



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
Hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
Untuk mendaulat dan menyokong syariatmu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
Akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
Dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangmu


Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
Sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..
Dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal a'alamin..